Abang Hensem Jihan Part 15

Assalam, Auto publish
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf jika ada tersilap aksara, terkasar coretan, terguris hati apabila membaca di sini. Maaf Zahir Batin.
Esok Part Akhir ya!



Tisya mengambil tempat di hadapan Nzakir. Nzakir tersenyum mengalukan kedatangan Tisya.
“Terima kasih sudi temankan abang hari ini,” ucap Nzakir setelah melihat Tisya selesa di hadapannya.
“Hmmm...”
Tisya pandang Nzakir. Tisya buat quick analysis di sekelilingnya. Rasanya tak kena duduk pulak bila banyak mata tertumpu kepada mereka. Sok sek sok sek crew Sushi King bagaikan penambah rasa. Hailah diorang ni, bergossip nombor satu. Jihan dan Roza pula bertukar sengih. Rasa kerdilnya dia. Orang hensem macam Nzakir ni patut dapat teman yang secocok dan sepadan. Bukan macam dia katik tapi comel.
Nzakir perasan Tisya tidak selesa tetapi dia tetap tenang. Sudah terlalu biasa menjadi perhatian di khalayak ramai. Jadi dia anggap situasi ini akan sentiasa dilaluinya. Cuma dia harap Tisya mampu membuatkan diri sendiri selesa. Dia tidak mampu melarang orang melihat dan membuat penilaian awal. Yang pasti dia mahu Tisya sentiasa selesa selama berada di sisinya.
Mereka tidak banyak bercakap. Masuknya waktu berbuka mereka makan dengan tenang. Banyak yang Nzakir pesan untuk mereka berdua tapi Tisya Cuma sentuh soft shell crab tempura dan  chicken nanban. Sebab 2 jenis masakan itu dimasak sepenuhnya.
“Sushi?” pelawa Nzakir.
Tisya geleng.
“Tak makan. Mentah,” spontan Tisya menunjukkan memek muka tidak suka.
Nzakir sengih.
“Rugi makan di Sushi King tapi tak makan sushi.”
Tisya mencebik.
“Awak yang nak makan sini. Saya tak berapa suka sushi sebab mentah. Tak masak. Tak boleh nak bayangkan apa rasanya bila makan ikan mentah.”
“Try it. Sedap,” gesa Nzakir.
“Tak boleh. Sebab saya tahu tak masak. Kembang tekak membayangkan ia masuk dalam mulut.”
Nzakir ketawa. Dia geleng kepala. Kelakar melihat mimik muka Tisya.
“Abang ingatkan Tisya suka makan sushi sebab tu pilih kerja kat sini.”
“Tak ada kaitan langsung. Sekarang ni siswazah yang baru bergraduan tidak boleh memilih kerja. Mahu kerja di bidang dia belajar je. Sebab confirm sampai bila-bila takkan dapat kerja. Jadi pilihlah kerja yang mana ada untuk dapatkan pengalaman dan sambil-sambil minta kerja yang mereka inginkan.”
“Betul cakap Tisya. Ramai sangat siswazah mengangguk sekarang. Abang bangga dengan Tisya. Tak pilih kerja dan mampu melakukan kerja dengan cekap.”
“Dulu ambil course apa di Universiti?”
“Kimia. Sekarang tengah tunggu jawapan nak sambung masters.”
“Good for you.” Puji Nzakir. Dia bangga Tisya ada matlamat untuk dicapai bukan sekadar berpuashati dengan pencapaian yang dicapainya sekarang.
“Kemudian sambung Phd ke?” soal Nzakir lagi.
“In Shaa Allah..  Jika ada rezeki.”
“Abang akan sentiasa menyokong Tisya sambung belajar sampai habis Phd.”
Tisya berkerut dahi. Apa kena mengena dengan dia pulak?
Tapi serta merta dia teringatkan perbualannya dia dengan abang ngah. Terasa darah menyerbu kapilari wajahnya.
 “Selepas ni abang nak pergi terawih. Tisya nak ikut? Kalau tak nak, abang hantar Tisya balik dulu.”
“Ikutlah. Lagipun sepanjang ramadhan ni tak pernah pergi terawih lagi. Terasa macam rugi sangat.”
“Telekung ada?”
“Tak ada. Tapi boleh guna telekung wakaf di masjid.”
“Nasib baik abang teringat nak bawa telekung arwah mak su tadi masa teringat nak ajak Tisya pergi terawih.” Lebar senyum Nzakir. Lembut hatinya bila melihat Tisya senyum memandangnya. Dia mahu melihat senyuman itu sepanjang hayatnya.
 --------------------------------------------------
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6