Abang Hensem Jihan, Part 16 (akhir)

Assalam.. Auto Publish.. Mood raya ON. 



Dalam dingin subuh hatiku terusik

Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama


(korus)
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu

Hingga aku pulang kepadamu

(ulang korus)
Restu ayah bonda kuharap selalu

Demi anakmu yang kini jauh

Lagu raya, dari jauh kupohon maaf tidak habis-habis bergema di dalam AEON ini. Bikin hatinya meronta mahu pulang. Terasa lambat masa berlalu. Walaupun dia berpakaian raya hari ini, namun mood meraikan aidilfitri ke laut. Saat ini doanya dia mahu shift kerjanya cepat habis dan bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke kampung.
Pagi  tadi, Tisya telah buat drama air mata dengan mama dan papa. Sepanjang hidupnya inilah kali pertama dia tidak meraikan hari raya bersama keluarganya. Bertambah sedih mendengar suara mama. Ingin rasanya dia terbang jika dia ada sayap. Mahu peluk cium mama dan papa, makan ketupat dan biskut raya sebelum terbang ke sini lagi. Tapi angan tetaplah angan.

Bila baca di dalam group WhatApps My love Keluarganya, dia jadi sakit hati. Abang ngah, Kak lang dan Kak Chik tak habis-habis muatturun gambar mereka beraya di kampung. Sejak semalam, abang ngah muatturun gambar kak long dan kak ngah membantu mama membuat ketupat palas. Kak Chik pula muat turun gambar dia sedang membuat kek dengan kak Lang. Kemudian abang ngah muatturun lagi gambar papa dan abang long pasang langsir. Video anak-anak saudaranya bermain bunga api di halaman rumah yang diterangi lampu warna warni dan pelita buluh.

Hatinya meroyan. Geram dan stress. Sampai hati mereka mengusiknya dengan kegembiraan mereka. Tahu tak hatinya retak seribu. Sampai hati mereka bergembira walaupun tanpa kehadirannya.

“Sudah-sudahlah melayan sendu Tisya. Tu ada customer nak order. Baik kau sibukkan diri buat kerja,” Jihan tepuk bahunya. Dia faham apa yang dirasa oleh Tisya. Semasa kali pertama dia kena kerja pada hari raya pun begitu jugak. Asyik melayan lagu raya je. Kemudian tanpa sedar air mata tumpah. Yela orang lain bersuka ria, dia kena kerja.

Dari jauh Nzakir melihat Tisya tekun melakukan kerjanya. Selepas bersolat sunat hari raya dan menziarahi pusara umi, abi dan mak sunya, dia bergegas ke sini. Ada rindu di hati perlu dileraikan. Cukuplah dari jauh dia melihat Tisya. Petang karang barulah dia akan betul-betul muncul di hadapan Tisya sebelum mereka menuju ke lapangan terbang.

Sejak mereka berbuka puasa bersama, mereka semakin mesra. Tisya sudah dapat menerima kehadirannya. Setiap hari dia akan menjemput Tisya pulang jika dia tidak perlu out station. Ada juga Tisya menumpang apartmentnya dan mereka bersahur bersama. Itu pun di dalam pengetahuan Tajul. Dia tidak akan sesekali menyakiti Tisya. Juga tidak akan sesekali melakukan perkara yang mencemarkan hubungan mereka. Dia mahu Tisya menjadi miliknya yang halal dulu.

Nzakir tidak mahu menangguhkannya lagi. Lagipun umurnya telah 34 tahun. Sudah terlebih matang untuk melalui alam percintaan yang panjang. Lagipun hati dan jiwanya mahukan Tisya. Diluahkan pada Tajul tentang isi hatinya.

“Aku nak melamar Tisya jadi isteri aku. Agak-agak mama dan papa kau terima tak aku jadi menantu mereka?” soal Nzakir gusar. Jarak usia yang agak jauh membuatkan dia ragu-ragu. Adakah dia terlalu tua untuk Tisya?

“Aku rasa kau patut cakap sendiri dengan mama dan papa aku. Dapatkan restu dari mereka.”

“Tapi boleh ke aku yang jumpa mama dan papa kau tanpa orang tua. Tanpa orang tengah.”

“Mama dan papa aku bukannya pegang sangat pada adat. Lagipun dia tahu kau anak yatim. Saudara mara pulak tu jauh. Jadi bila kau jumpa mereka sendiri, aku rasa mereka akan terima dengan tangan terbuka. Mereka dah kenal kau. Aku pun dah cerita dekat mereka,” jelas Tajul.

Nzakir angguk. Hatinya lega. Proses mengenal bakal mertua dan menantu telah pun dilaluinya. Dia mendapat restu sepenuhnya. Malah permintaannya pula diterima tanpa banyak soal. Jadi sekarang dia perlu melamar Tisya pulak. Meyakinkan Tisya tentang cintanya. Tentang jodoh mereka.

Petang itu, Nzakir seperti biasa menunggu Tisya habis kerja. Kemudian mereka akan bergegas ke lapangan terbang untuk pulang ke kampung halaman Tisya. Yang Tisya tidak tahu, Nzakir akan ikutnya pulang. Bukan hanya menghantarnya  saja.

“Assalamualaikum..” pintu kereta di buka. Tisya hulur senyum sebelum memakai tali pinggang keselamatan.

“Waalaikumussalam, sayang. Selamat Hari Raya.”

Kereta mula bergerak.

“Selamat Hari Raya juga untuk abang. Tisya pohon maaf zahir dan batin di atas sikap Tisya yang tak berapa elok selama kita kenal. Kata-kata Tisya yang tak enak di dengar dan menyakiti hati abang..” panjang permohonan maaf Tisya.

Nzakir senyum dan angguk. Dipandang Tisya sekilas. Manis berbaju kurung walaupun keletihan.

“Abang maafkan. Abang pun minta maaf juga dengan sikap abang yang selalu kacau Tisya. Buat Tisya marah.”

Tisya senyum. Wajahnya bersemu merah. Dia meramas tangannya sendiri. Suara Nzakir terdengar romantis di halwa telinganya.

“Tisya sayang, tolong buka dashboard tu. Abang ada hadiah untuk Tisya.” Perkataan sayang semakin sebati dengan lidah Nzakir.

Tisya akur. Dibuka dashboard dan tangannya mengambil sebuah kotak baldu berwarna merah. Hatinya berdebar. Dia dapat mengagak tapi dia tidak mahu membuat anggapan melulu.
“Bukaklah,” suruh Nzakir.

Perlahan Tisya membukanya. Sebentuk cincin platinium bertatahkan sebutir berlian berada di dalamnya. Tisya pandang Nzakir. Matanya berkaca.

“ Abang cintakan Tisya. Pertemuan semula kita membuatkan abang yakin, kita telah ditakdirkan bersama. Jadi, Nur Latisya Ilyana binti Tajuddin, sudikah menjadi kekasih halal abang. Pendamping abang di dunia dan di syurga nanti.  Menjadi isteri Muhamad Nzakir bin Nazir?”

Tisya tidak jangka dia akan dilamar di dalam kereta. Di dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang. Dikuis air mata yang membasahi pipinya. Dia cuba menenangkan diri sendiri. Agak lama melihat keluar tingkap. Hatinya kembali tenang. Tisya pandang cincin di tangannya. Diambil cincin dari bekasnya dan disarungkan ke jari manisnya. Muat dan cantik terletak. Walaupun ringkas tapi mewah.

Nzakir senyum. Ditahan hatinya daripada meraih jari Tisya yang dihiasi cincin lamarannya.

Alhamdulillah. Ramadhan kali ini amat bermakna buat dirinya. Terima kasih Syawal dengan anugerah terindah ini. Dia tidak akan sendiri lagi.

Tisya ukirkan senyum paling manis. Jika sepuluh tahun ini teddy bear pemberian Nzakir menjadi temannya, akan datang Nzakir sendiri akan menjadi penemannya.

Terima kasih Ramadhan kerana menemuikan aku dengan abang long legku dulu. Terima kasih Syawal, lamaran ini amat bermakna bagiku. Menamatkan penantianku selama ini.

 Tamat..

P/s : agak-agak korang puashati ke tak dengan endingnya? Ada tak puas hati boleh komen di sini. Ada nakkan epilog jugak boleh komen. Agak-agak kalau saya nak dapatkan 50 share di FB atau pun goole plus boleh tak? 
Siapa nak epilog cukupkan 50 share dulu.. Like di FB sampai 100 ke.. In Shaa Allah balik cuti nanti saya epilog khas untuk semua. 

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat.
 Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama.
 Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6