Abang Hensem, Jihan Part 12
Assalam.. mulai hari ni, saya buat auto post. jadi entri ini adalah auto post. Saya sudah mula bercuti. Dah sampai kampung kot. Jadi di kampung tak ada tenet nak online. Ada pun menggunakan data mobile sahaja. Jadi selamat membaca. Yang akan memulakan perjalanan balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta. “Hello Tajul.. Assalamualaikum.” “Aku nak minta izin.” “Izin? Kenapa?” “Aku kasihan tengok Tisya. Housemate dia buat parti malam ni. Jadi dia segan nak masuk apartment dia tu.” “Habis tu dia dekat mana sekarang?” “Tepi kolam. Dia kata nak tunggu sampai parti tu habis. Tapi aku tahu sangat kalau parti yang housemate dia buat sampai ke pagi. Tak sampai hati aku nak biarkan dia dekat sini sampai ke pagi.” “Jadi?” “Kalau kau izinkan, aku nak Tisya ke rumah aku.” “Gila kau bro. Kena tangkap khalwatkan, maruah keluarga aku tu.” Nzakir tarik nafas. “Di sini aku boleh jamin takkan ada pegawai MAIJ ...