Abang Hensem, Jihan Part 11

Assalam.. Mohon pada semua pembaca blog kecil saya ini hadiahkan Al-Fatihah untuk Tok Ayah saya yang telah meninggal dunia pagi semalam 26 Ramadhan 1437 hijrah bersamaan 1 Julai 2016. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh. 






“Kenapa duduk sini?”
Tisya diam.
“Dah lewat malam ni, tak elok berembun,” ujar Nzakir.
Tisya diam. Dia sikit pun tidak melihat Nzakir. Dia mendongak ke atas. Tidak nampak unit apartmentnya tapi dia boleh agak unit apartment yang didiami oleh Nzakir.
“Tisya..” panggil Nzakir sambil mengeluh.
Sikap dingin Tisya menyakitkan hatinya.
“Abang minta maaf kalau abang ada buat salah. Abang rindukan Tisya yang abang kenal dulu.”
Tisya mendengus. Zaman dulu takkan kembali.
“Awak tak ada salah pun dengan saya. Kenapa nak minta maaf? Lagipun itu dulu. Zaman dulu yang tidak akan kembali walau setinggi mana harapan awak pun.”
“Ok!”
“Tapi dengan syarat terima abang kembali dalam hidup Tisya. “
Tisya mengeluh lagi. Digaru kepalanya yang dibaluti shawl hitam. Mamat hensem Jihan ni tak faham bahasa ke?
“Kita? Tak pernah ada ikatan pun. Kita kenal sebab abang ngah. Jadi saya tak faham dengan syarat tak masuk akal awak tu,” jawab Tisya keras.
My mistake! Abang nak kita berkawan. Abang nak jadi kawan Tisya. Boleh?” Nzakir mengalah. Berbalas kata tidak akan sampai ke niat hatinya.
“Bukan ke kita dah kenal. Jadi dah kawan kan? Nak kawan macam mana lagi?”  
Nzakir sengih. Dia garu kepala. Betul jugak.
“Jom naik. Dah lewat sangat ni. Abang tahu Tisya pasti letih.”
“Awak naiklah dulu. Saya nak ambil angin kat sini lagi.”
“Abang temankan,” putus Nzakir lalu mengambil tempat di sebelah Tisya.
Tisya tidak selesa. Dia tahu ada mata akan memerhatikan mereka. Dia tidak mahu menjadi sebab ada gossip hangat di sekitar apartment ini. Biarpun dia tahu sikap penghuni apartment ini menghormati privacy  masing-masing.
Tisya mengeluh lagi. Dia mendongak  ke langit. Bulan penuh. Hari ini sudah 15 ramadhan. Tinggal 15 hari lagi umat islam akan menyambut aidilfitri.  Hatinya sayu. Tahun ini buat pertama kalinya dia tidak akan bersama keluarganya menyambut lebaran. Dia terpaksa kerja. Cuti yang dipohon tidak diluluskan.
Semalam dia dah beritahu mama. Biarpun mama cakap tak apa, tapi dia tahu mama mesti sedih. Sudahlah dia yang bongsu. Terpaksa bekerja di hari raya.
“Raya cuti berapa hari?” soal Nzakir memecahkan kebisuan mereka.
“Tak cuti pun. Kena kerja,” jawab Tisya. Sedih. Siapa tak sedih bila kena kerja  di hari raya. Tahun ini giliran kak long, aban ngah, kak lang dan kak chik sekeluarga beraya di rumah mama. Peluang berkumpul bersama tidak pernah dia lepaskan. Tapi tahun ini dia terpaksa melupakannya.
“Tak cuti. Kerja. Lepas raya baru cuti.”
“Abang tak ada keluarga. Tak ada kampung juga. Jadi abang boleh temankan Tisya raya nanti,” beritahu Nzakir tanpa ditanya. Mama dan papanya telah meninggal 5 tahun lepas. Dia pula ada tunggal. Lagipun telah lama dia tidak menyambut hari raya di tanahair sendiri. Jadi dia tidak tahu nak buat apa ketika hari raya selain berziarah pusara kedua ibu bapanya.
“Takkan tak ada kampung?”
“Kampung abang di Kuala Lumpur. Rumah arwah mama dan papa ada di sana tapi abang sewakan,” jelas Nzakir.
Tisya pandang Nzakir sekilas. Kasihannya, detik hati Tisya. Rupanya ada orang lain lagi lebih malang dari dia. Sudahlah tak ada keluarga.
“Saudara mara awak? Tok nenek?”
“Abang tak kenal tok dan nenek abang sebab mereka sudah meninggal sebelum abang lahir. Saudara mara sebelah papa abang tinggal di Australia. Adik mama abang baru meninggal tahun lepas sebab cancer. Dia tak kahwin.”
Nzakir termenung jauh. Betapa dia miskin saudara mara. Sebatang kara di tanah air sendiri. Nzakir menarik nafas. Pilu hatinya tapi itulah realiti hidupnya.
Tisya diam. Namun matanya berkaca. Mendengar cerita Nzakir pun dia boleh rasa betapa Nzakir kesunyian. Hidup sendiri tanpa kasih sayang ahli keluarga. Dia pula kaya dengan kasih sayang keluarga sehinggakan dia lupa bersyukur.
“Sebab itu bila jumpa Tajul kembali abang gembira sangat. Tisya pula depan mata abang. Seolah-olah abang dapat ahli keluarga baru. Abang dah tak sendirian lagi,” akui Nzakir.
“Mari naik. Lama sangat dah kita kat bawah ni,” ajak Nzakir sekian kalinya.
Tisya mengeluh.
“Naiklah dulu. Christine adakan parti dengan kawan-kawan dia. Saya tak kenal, jadi rasa segan pula nak masuk. Nanti habis parti tu saya naik.”
“Pukul 2 pagi baru habis parti tu... takkanlah Tisya nak duduk sini sampai 2 pagi?”
Tisya angkat bahu. Apa pilihan yang dia ada?
Nzakir pandang wajah letih Tisya. Belas hatinya. Dia bangun dan menjauhkan diri dari Tisya sekejap. Didail nombor Tajul. Dia tidak sampai hati membiarkan Tisya menunggu di sini. Selesai bercakap dia menghampiri Tisya. Dalam masa yang sama telefon Tisya berbunyi.
“Hello, Assalamualaikum abang ngah.”
“Ada dengan adiklah.”
“Nanti kena tangkap khalwat macam mana?”
“Tak apa adik boleh tunggu kat bawah ni.”
“Yela.. yela... macam mak nenek!”
Tisya matikan talian. Dia pandang Nzakir dan berdiri.
“Awak telefon abang ngah tadi? Cakap kat dia?”
Nzakir angguk.
“Abang tak sampai hati biarkan Tisya tunggu di sini.”
  


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik.
 Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6