Abang Hensem, Jihan Part 12




Assalam.. mulai hari ni, saya buat auto post. jadi entri ini adalah auto post. Saya sudah mula bercuti. Dah sampai kampung kot. Jadi di kampung tak ada tenet nak online. Ada pun menggunakan data mobile sahaja. Jadi selamat membaca. Yang akan memulakan perjalanan balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta.


“Hello Tajul.. Assalamualaikum.”
“Aku nak minta izin.”
“Izin? Kenapa?”
“Aku kasihan tengok Tisya. Housemate dia buat parti malam ni.  Jadi dia segan nak masuk apartment dia tu.”
“Habis tu dia dekat mana sekarang?”
“Tepi kolam. Dia kata nak tunggu sampai parti tu habis. Tapi aku tahu sangat kalau parti yang housemate dia buat sampai ke pagi. Tak sampai hati aku nak biarkan dia dekat sini sampai ke pagi.”
“Jadi?”
“Kalau kau izinkan, aku nak Tisya ke rumah aku.”
“Gila kau bro. Kena tangkap khalwatkan, maruah keluarga aku tu.”
Nzakir tarik nafas.
“Di sini aku boleh jamin takkan ada pegawai MAIJ datang serbu. Lagipun aku sayang Tisya. Takkan aku nak biarkan perkara buruk terjadi dekat dia.”
“Bukan aku tak percaya kau bro, tapi bila serumah ni macam-macam boleh jadi.”
“Aku tahu. Tapi aku juga tahu faham diri aku dan perasaan aku. Aku sayang dia. Dan tentunya aku akan jaga dia lebih baik dari aku jaga diri aku sendiri. Lagipun aku....” Nzakir tarik nafas.
Dia perlu luahkan supaya Tajul tahu, dia serius bila melihat Tisya.
“Aku nak lamar Tisya jadi isteri aku. Aku nak adik kau jadi isteri aku.” Dalam senafas Nzakir meluahkan.
Dia terdengar Tajul ketawa.
“Haha.. tak menyempat kau. Aku jangka tiga empat lima bulan lagi baru dengar lamaran dari kau.”
Tajul terus ketawa. Dia gembira. Dia juga tahu Tisya akan selamat dalam jagaan Nzakir.”
“Aku izinkan. Nanti kejap lagi aku telefon dia.”
“Tapi kau jangan cakap apa yang aku cakap tadi. Terkejut dia, nanti terus lari pulak,” Nzakir memberi peringatan.
“Aku tahulah. Itu aku serahkan kepada kau. Pandai-pandailah kau nak ayat adik aku tu.”
Beberapa minit dia memutuskan talian, telefon Tisya berbunyi. Dia pasti dari Tajul. Dia sabar mendengar perbualan mereka. Setelah talian diputuskan Tisya berdiri.
“Jom.”
“Saya nak kunci bilik.”
“Ok sayang.”
Dia dengar Tisya mendengus. Dia sengih. Rasanya dia tidak mahu menahan diri dari menunjukkan rasa hatinya. Lagipun dia telah lama sayangkan Tisya.
Mereka masuk ke dalam apartmentnya.
“Tisya boleh gunakan bilik ini.” Nzakir tunjukkan bilik tetamu. Dia sebenarnya mahukan Tisya menggunakan bilik tapi dia tahu tentu gadis itu tidak selesa. Jadi ditunjukkan bilik tetamu. Dalam bilik itu cukup lengkap. Ada juga dia simpan telekung dan sejadah. Dulu sebelum mak sunya meninggal, mak su tinggal dengannya.
“Ni bilik arwah mak su. Tapi barang-barangnya abang dah dermakan. Dalam almari tu ada telekung dan dua tiga helai t-shirt dan kain batik. Sengaja abang simpan. Tuala pun ada dalam almari tu. Peralatan mandi ada dalam kabinet bilik air. Tisya boleh gunakan.”
Tisya angguk.
“Terima kasih. Kunci?”
Nzakir sengih. Ditinggalkan Tisya sekejap. Diambli kunci di dalam biliknya. Lalu diberikan kepada Tisya.
Night!” Sepatah ucapan Tisya sebelum menutup pintu bilik.
Dia terdengar Tisya mengunci pintu. Nzakir geleng kepala sebelum masuk ke bilik tidurnya.
Pukul  5 pagi, Nzakir ketuk pintu bilik Tisya untuk bersahur. Setelah mendengar suara Tisya barulah dia kembali ke dapur. Pukul 4 pagi dia telah bangun dan keluar membeli makanan untuk bersahur. Dia tidak tahu Tisya makan apa bersahur, jadi dibelikan nasi goreng kampung dan telur mata.
“Jom makan. Sahur dah nak habis ni,” ajak Nzakir setelah melihat Tisya keluar bilik.
“Abang tak tahu Tisya makan apa sahur. Jadi abang belikan nasi goreng kampung.”
Tisya angguk.
“Terima kasih.”
“Tisya nak minum apa? Abang buatkan.”
Tisya geleng kepala.
“Air suam je.”
Jadi Nzakir tuangkan air suam ke dalam muk dan diletakkan di tepi pinggan Tisya.
Mereka diam menikmati sahur. Nzakir pandang Tisya. Tisya tetap cantik walaupun baru bangun tidur.
“Selepas subuh abang terus keluar pergi kerja. Ini kunci pendua apartment ni. Tisya boleh simpan.”
“Tak payah. Kejap lagi saya nak balik.”
“Abang nak bagi jugak. Tisya simpan kunci pendua ni. Jadi bila-bila masa Tisya hadapi masalah dengan housemate Tisya, Tisya boleh tidur di sini. Lagipun abang jarang ada di rumah. Lusa abang out station. Jadi Tisya boleh duduk sini. Abang dah minta izin Tajul.”
Tisya diam. Dia dengar kata-kata tanpa kata.
“Tisya ada lesen kereta?”
Tisya angguk.
“Nanti abang berikan kunci kereta abang. Tisya boleh guna ketika abang out station. “
Tisya angkat muka pandang Nzakir yang tenang menyuap nasi.
“Tak nak!”
“Senang nanti Tisya nak balik kerja malam-malam. Lagipun abang tak guna kereta tu.”
“Saya kata tak nak, tak naklah,” bentak Tisya.
Tak faham bahasa betul mamat ni. Baik sangat dengan aku ni kenapa? Buat aku tak selesalah. Ni abang ngah punya pasal. Percaya sangat dekat mamat ni. Lepas tu mamat ni suka hati je arah dia buat itu ini. Bagi itu ini. Baik tak pasal. Macamlah dia tak boleh jaga diri sendiri.





Nzakir tenang. Penerimaan Tisya sudah dijangkakan. Bukan senang rupanya nak pikat hati Tisya ni.
Tisya angkut pinggan ke sinki setelah selesai makan.
“Petang ni kita buka puasa bersama-sama,” ujar Nzakir.
Terhenti tangan Tisya membilas pinggan.
“Saya kerja, baik awak ajak Lana temankan. Dia kan girlfriend awak! Nanti tak pasal dia serang saya lagi.” Secara tidak langsung Tisya mengadu tentang Lana. Penat dia melayan kerenah cemburu buta Lana. Dia bukannya ada apa-apa hubungan dengan mamat ni.
“Lana bukan girlfriend abang. Abang kenal dia sebab dia jiran abang.”
“Nanti abang datang Sushi King. Balik malam karang abang ambil,” putus Nzakir sebelum beredar kebiliknya. Ditinggalkan pinggannya di atas meja.
Tisya berpaling apabila mendengar pintu bilik di tutup. Dia menarik nafas. Sesak dadanya. Perit rasanya. Kenapa!




Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik. Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6