Catatan

Bukan Sekadar Mimpi Bab 3

Imej
Bab 3 “ Take 5 .” Jinyung memberi isyarat kepada ahli kumpulan Hot-5 untuk berehat. Nafasnya termengah-mengah kerana berlatih menari tanpa henti selama dua jam. Langkah tarian mereka masih lagi pincang dan tidak seiring. Banyak masa diperlukan, sebelum semua ahli grup mahir dengan tarian baru mereka. Telefon pintar Samsung diambil bersama botol mineral. Diteguk rakus sambil tangan membuka aplikasi TikTok. “Jinyung, tengok ni ... budak ni buat duet challenge dengan kau. Tariannya lebih bagus daripada kau,” kata Beak Yun,  dalam bahasa Korea, sambil mengunjukkan telefon pintarnya. “Dia hebat. Rentak tarinya tak canggung dan temponya sama,” komen Jinyung. Beak Yun dan Dan Kim mengangguk setuju. “Umurnya baru 10 tahun dan dia sudah mahir menari tarian kita yang sukar tu. Dia sangat berbakat.” Jinyung senyum, tanpa ragu dia menjadi follower AzimXY yang mendapat perhatian ahli grupnya. Dilihatnya satu per satu video yang telah dimuat naik oleh budak lelaki itu. Semakin ...

Bukan Sekadar Mimpi Bab 2

Imej
Bab 2 Setiap hari, sejak setahun lepas, wajah itu yang sering dilihat dan ditenungnya. Satu-satunya wajah yang dapat dilihat dengan jelas walaupun hanya melalui poster pada dinding ataupun billboard . Buat sekian kalinya, dia mendongak melihat iklan kerusi urut Korea. Wajah model lelaki itu ditatap lama. ‘Kak Ain pernah cerita pasal awak, dia peminat fanatik awak. Katanya, awak seorang yang gentleman. Tidak pernah mengambil kesempatan memegang atau memeluk artis wanita. Setiap kali kalau bergambar, akan ada sedikit jarak antara awak dan artis wanita itu, betul ke?’ ‘Sebab selalu mendengar Kak Ain puji-puji awak, saya tertarik nak tengok rupa awak. Pelik bukan, wajah awak satu-satunya yang saya dapat lihat dengan jelas selain wajah adik saya.’ ‘Awak memang kacak. Orang Korea ni kulit putih susu, tapi kulit awak tan sikit. Mungkin itu yang membuatkan awak nampak maskulin. Bila Kak Ain tidak ada, Azim pula asyik sebut pasal awak. Jadi, awak tidak asing buat saya, walaupun saya...

Pre Order Kombo Trio Mimpi (ebook) dibuka

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera...  Saya nak kongsikan berita gembira...  Alhamdulillah 3 ebook saya telah pun dibuka untuk jualan...  Kombo trio Mimpi ini ada 3 buah ebook..  Pertemuan itu, Kembalinya Cinta Ramadan  Bukan Sekadar Mimpi.  PRA TEMPAHAN telah dibuka mulai 3 Jun sehingga 17 Jun 2022. Diskaun yang sangat berbaloi untuk anda memiliki ke tiga-tiga ebook ini...  Untuk pembelian sila layari kedai online saya   Blurb Bukan Sekadar Mimpi  K-Pop, menjadi kegilaan para remaja di seluruh dunia. Azim juga tidak terkecuali. Dia sangat meminati K-pop, sehinggakan boleh menari seperti mereka. Idolanya, tentulah grup paling top dan hit sekarang; Hot-5. Al-kisahnya, dia telah memuat naik video ke dalam TikTok. Dan videonya mendapat perhatian ahli grup Hot-5. Sejak itu, mereka mula menjadi sahabat dalam talian. “Siapa tu?” “Kak Anna.” “ She’s single?” “Yes ... and available.” Manalah Anna tahu dia menjadi topik hangat perbualan...

Nufah & Sean Cerpen. (Selamat Hari Raya Aidilfitri)

Imej
“Kenapa bos?” tanya Nufah sebaik sahaja dia berdiri di depan meja Sean. Wajah Sean berkerut-kerut seperti menahan sakit. “Bos sakit ke?” soal Nufah lagi. Hatinya dah berdenyut risau. “I sakit perut,” adu Sean. “Sakit perut? Bos tak makan lagi ke?” Dahi Nufah pula berkerut. “I puasa nak makan apa,” balas Sean. Hari ni dia cuba puasa. Tapi belum pukul satu tengahari perutnya dah meraung minta diisi. Memberontak sampai sakit perut. Rasanya dah masuk angin. Dia dah rasa lembik. “Bos puasa?” Nufah macam tak percaya. Boleh ke encik bos ni tahan lapar. Sudahlah sekarang ni musim panas. Setahunya, bos ni tak boleh skip makan. “Bos sahur tak pagi tadi?” Sean Adam pandang Nufah, lagi berkerut dahinya. “Sahur?” Nufah angguk. “Nak puasa kena bangun sahur dalam pukul lima pagi, sebelum masuk waktu subuh. Kena makan. Baru ada tenaga nak puasa. Lebih-lebih lagi orang yang tak pernah puasa macam bos  ni.” Wajah Sean Adam terus berubah. Sakit perut plus malu. Apasallah dia tak ber...

Kembalinya Cinta Ramadan Bab 9

Imej
Jangan marah tau... Ni last bab di blog..  Oleh sebab ramai permintaan, Saya akan bukan order ebook untuk cerita ini lepas raya nanti. Don't worry ready file. Jadinya korang akan dapat dalam masa 24 jam selepas pembelian.. Tunggu tau...  “Kalau kamu belum jumpa lagi jodoh kamu, mak aji nak jodohkan kamu dengan Adah.” Hariz terkejut. Dari cerita pasal Adah kemalangan, pusing ke soal jodoh pula membuatkan Hariz terkedu. “Tapi..” Takkanlah sebab cakap-cakap masa kecil yang dia dah lupa tu, mak aji dan mak ngah nak paksa dia kahwin dengan Adah. Orangnya pun tidak kenal lagi. “Jumpa dia dulu sebelum kamu nak tolak tu. Kalau memang tak tercuit langsung perasaan kamu tu, mak aji takkan paksa,” sambung mak aji tidak memberi peluang Hariz terus menolaknya. Mak ngah angguk. “Mak ngah dan mak aji bagi cadangan je. Adah pun tak tahu lagi rancangan kami ni. Kami bagi tahu Ariz dulu. Jumpa dia dan kenal dulu. Kalau rasa boleh terima Adah tu, kamu usahalah pikat dia.” “Kalau rasa...

Seindah Biasa Bab 1

Imej
Assalamualaikum semua... Maaf tak ada Bab baru Kembalinya Cinta Ramadan Hari ini.  Atas permintaan ramai yang nakkan ebook. Jadi last bab kat blog pada 24hb ni..  Ebook Kembalinya cinta Ramadan akan dibuka order selepas raya. Ready file. Nak baca sampai habis kisah Hariz dan Adah boleh dapatkan ebook selepas raya nanti.  Jadi saya up cerita baru. Kisah Office Romance..  Jom berkenalan dengan Kila & Daud pula.  Hari ini seorang lagi kawan aku akan melangsungkan perkahwinan. Dah sampai jodoh rupanya dia. Dalam diam-diam berisi. Tertutup kemas rahsia hatinya. Dengan aku sendiri pun dia berahsia padahal akulah kawan baiknya. Kononnyalah. Kalau kawan baiknya pasti aku yang pertama tahu dia sedang asyik masyuk bercinta kan?  Tapi ok gaklah aku yang pertama tahu dia hendak kawin berbanding rakan-rakan kami yang lain.     Hari ini rumah Pak Cik Din meriah sekali. Meraikan perkahwinan anak bongsunya itu. merangkap anak perempuan tunggal. Akulah ...