Catatan

Bab 10 Cinta Si Adik Manja

Imej
Yuhuuuuu... bab 10 pulak... Selamat membaca “Kenapa Hisyam berjanji dengan abah tidak berhubung dengan adik?” angah tidak lepaskan peluang bertanya ketika dia sedang duduk bersantai dengan abah dan umi di ruang tamu. Hatinya dah puas berteka teki. Hisyam pula suruh tanya kepada abahnya sendiri. Adik masih lagi terperap di dalam bilik. Mogok. Marahkan dia. Ada dia kesah? Kak long pula tengah berkemas hendak pulang selepas asar nanti. Esok dia telah mula kerja. Kak chik pula pulang ke rumah mertuanya sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Jadi tinggal dia dan adik sahaja menemani abah dan umi di rumah ini. “Abah tak suka Syam rapat dengan adik ke?” mulutnya terus ringan bertanya. “Tak suka apanya. Hisyam tu menantu idaman abah kamu.” Zulaikha tolong jawabkan. Terlopong angah mendengar jawapan uminya. Makin pelik. “Kalau menantu idaman, kenapa abah larang pulak. Tak kasihankan adik ke menderita rindukan Hisyam. Sampaikan angah terkena tempiasnya. Hilang kawan baik,” luah angah tidak puash...

Bab 9 : Cinta Si Adik Manja

Imej
Pop.. pop.. WhatApps masuk. Nur menjeling telefon bimbit di sebelah. Paling aktif berwhatapps mesti geng gadis pingitan Kg Berangan. Sejak semalam tak berhenti berbunyi. Malas dia nak baca. Buka selepas tu skrol laju-laju. Sebab tak habis lagi bercerita tentang anak tok imam kacak baru balik dari Mesir itu. Tak ada topik lain. Bosan! Baru sahaja nak tutup mata, telefonnya bergegar. Nak tak nak Nur buka juga whatapps. Nisa Comey. Memang perasan minah ni sorang. Mesti nak cakap pasal abang dia lagilah tu. Esk ni jgn lupa datang rumah aku Apa? Aku tak balik lagilah! Buat apa nak pergi rumah kau. Jangan nak tipu. Abang Syam ckp kau dah balik. Dia yang pergi ambil kau tadi kan? :D Huh! Siapa Abang Syam? Aku tak kenal pun! Lantak kaulah Nisa nak cakap apa pun. Yang penting aku benci tahap petala ke tujuh Abang Hisyam kau tu. Manusia munafik nombor satu. Menyesal aku baik dengan dia dulu. Alaa.. Kau jangan buat-buat lupakan abang kesayangan plak. Esok kenduri kesyukuran dia. Psst ...

Bab 8 : Cinta Si Adik Manja

Imej
Psst... boleh runtuh rumah bila Nur ni mengamuk... Hahaha.. Kasihan Abang Syam.. Pang!! Pintu dihempas kuat. Tanpa menghiraukan ke dua lelaki itu, Nur terus meluru masuk ke dalam rumah. Beg pakaiannya pun tidak diambil. Biar sahaja angah yang angkut masuk. Abah dan umi dicari. Angah geleng kepala. Perangai kepala angin adik bongsunya tak pernah berubah. Hairan, apa yang dia marahkan sangat? Dia kerling Hisyam yang baru juga keluar daripada kereta. Tentu Hisyam terkejut. Dia pun terkejut juga. “Mari masuk Syam, kita makan sekali. Abah dan umi tengah tunggu kita ni,” ajak Angah. “Adik tengah marah tu?” Hisyam sengih. Boleh tahan garang Nur sekarang. Terkejut jugak dia tadi. Tapi lain pulak hatinya rasa, jelingan tajam Nur nampak menggoda tadi. Hailaa hati, dah pandai macam-macam nampak. Angah sengih. “Kau tak payah ambil hati dengan adik aku tu. Nur tujuh tahun lepas dan sekarang sama saja. Marahnya kejap. Nanti pandailah kau pujuk bagi baik balik. Lagipun salah kau kan?” sindir a...

Bab 7 : Cinta Si Adik Manja

Imej
Passttt : Suka cerita ni boleh share ya.. Yeaahhh.... Abang Syam dah balik.. “Angah lambat! Adik whatapps sebelum sampai stesyen lagi. Lambat jugak!” bebel Nur. Dia terus hulur begnya kepada angah. “Angah minta maaf...” Angah sengih sambil gosok kepala. Sudah tahu dengan perangai adik bongsunya tak suka menunggu tapi lebih suka orang menunggunya. Tadi dia sengaja berlengah. “Kalau abah ambil, mesti tak lambat. Sukarela ambil orang tapi buat orang tunggu!” Nur jeling Azim di sebelah. Sebenarnya rimas dengan mamat ni. Dari tadi lagi tidak berganjak dari sisinya. Sudahlah semalam duduk rapat-rapat sampaikan dia hampir-hampir terpenyek di dinding bas. “Lainkali taak..” Nur hilang kata apabila ternampak seseorang di belakang angah. Cakapnya terhenti. Senyuman lelaki itu melumpuhkan bicaranya. “Assalamualaikum Nur..” dia memberi salam sebaik berhenti di sebelah angah. Wajah Nur pucat seketika. “Abang Hisyam?” Azim hulurkan tangan bersalam. Dia tersengih. Mungkin ini ta...

Bab 6 : Cinta Si Adik Manja

Imej
“Azim?” Nur terkejut. Ingatkan mereka berteman setakat terminal sahaja, rupanya sepanjang perjalanan ke Kelantan. “Kau buat apa atas bas ni?” Nur memberikan pandangan tajam. Azim selamba sahaja mengambil tempat di sebelah Nur. “Balik kampunglah.” “Bukan rumah keluarga kau kat KL ke?” “Itu rumah daddy dan mummy aku. Aku nak balik kampung daddy aku di Pasir Puteh,” jelas Azim. Suka dia melihat wajah terkejut Nur. Comel sangat. Sepanjang malam tak tidur pun tak apa kalau dapat tengok wajah comelnya. Nur tarik nafas. Air mukanya berubah. Suka tak suka terpaksa juga bertemankan Azim malam ini. Harapnya janganlah mamat ni ajak dia bersembang sepanjang jalan. Dia mahu tidur sahaja. Tapi boleh ke tidur dengan mamat ni ada di sebelah? “Kita sama negeri Nur, senanglah nanti..” bisik Azim penuh makna. Nur mendengus. Dahinya berkerut. Tidak ambil kisah sangat apa yang Azim cakapkan. Lantak dialah! Bila hati tak suka dengan seseorang atau keadaan, dia akan shut down dirinya. Tak ambil kisah at...

Bab 5 Cinta Si Adik Manja

Imej
"Kau orang ni kalau tak mengumpat pasal aku, memang tak boleh hidup aman ke?" tempelak Fatihah. Ditanggalkan kasut, bersepah di tepi pintu. Kemudian dilemparkan pula begnya di atas katil. Panas hati. Tadi sempat dia mencuri dengar mereka mengutuknya. Memang pun dia cemburu dengan Nur. Tanpa sebarang usaha, Nur senang memenangi hati orang, termasuk Azim. Bencinya semakin mendalam. Nur dan Intan saling berpandangan. Mengumpat ke? Mana ada? Fatihah ni cantik orangnya. Tinggi lampai dan berwajah peranakan mamak. Sebab itulah dia di antara pelajar yang agak menonjol dan sering menjadi perhatian pelajar lelaki. Manakala Intan pula bertubuh agak montel dan berwajah keanakan. Dia pula sederhana tinggi dan berwajah melayu asli. Ramai yang cakap wajahnya sejuk mata yang memandang. Tapi dia tidak ambil kisah sangat. Lagipun dia bukanlah seorang yang peramah dan agak pendiam sedikit. Itu tanggapan orang apabila kali pertama bersua, padahal dia juga seorang yang boleh tahan pe...

Bab 4 Cinta Si Adik Manja

Imej
“Nur tunggu...” “Nur..” Terdengar namanya dipanggil, Nur menoleh ke belakang. Azim tersenyum lebar. Dia melangkah cepat mendekati gadis pujaannya. Nasib baik sempat mengejar. Susah betul nak bercakap dengan gadis ini. Whatapps pun jarang-jarang dapat balasan. Membuatkan hatinya semakin penasaran. Penangan cinta pandang pertama. “Ada apa?” Nur kerling jam di pergelangan tangannya. Lagi setengah jam pukul 2 petang. Dia ingin cepat-cepat sampai ke bilik dan berkemas. Tak sabar nak balik kampung. Mamat ni pula ajak bual. Tahu tak masa itu emas, sekarang! “Rindu!” Bulat mata Nur pandang wajah Azim di depannya. Serta merta wajahnya merah. Dasar buaya darat. Tak pernah malu nak meluahkan rasa. Bermulut manis sentiasa, bebel hatinya. “Dah gugur rindukan? Aku nak balik.” Nur pusing badan dan kembali melangkah. Dia tak ingin berlama. Terasa aura panas Azim membakar hatinya. Sedangkan dia berusaha membekukan hatinya. Tidak ingin cair sebelum tiba masanya. “Eh nanti dululah. A...