Catatan

Cinta Bawah Sedar Bahagian 5

Imej
“Lama Za tak datang rumah mak uda ni. Ingatkan dah lupa jalan. Dah tak nampak rumah mak uda yang jauhnya sejengkal ni,” sindir Mak Uda. Tapi tangannya usap belakangku. Aku tarik sengih. Tak kata apa, sebab apa yang Mak uda cakap tu memang betul. Selepas Abang Zaid kahwin, aku buat-buat tak nampak tangga rumah Mak uda. Balik kampung yang barang sekejap, aku banyak habiskan dengan berkepit dengan mak. Sehari dua balik, aku dah merangka tempat aku nak bawa mak jalan. Tak pun habiskan masa di chalet kepunyaan Busu, di Kuala Besut. Kemudian marathon menyiapkan manuskrip. “Za sibuk Mak uda. In shaa allah dah balik tinggal dengan mak ni, rajinlah Za datang sini,” balasku ambil hati. Padahal aku rasa mungkin tak rajin kot. Segan. Pokok cinta yang mati dulu dah mula terasa hidup semula. Sebelum ia tumbuh subur baik aku matikan dia semula, sebab pokok itu tak pernah pun aku pinta tumbuh dalam hati aku.  Mak uda angguk. “Alhamdulillah, senang hati Mak uda dengar. Bolehlah Za tolo...

Cinta Bawah Sedar Bahagian Empat

Imej
Petang itu, baru aku hantar Hasif. Itu pun setelah mak membebel-bebel dekat aku. Mulanya aku minta mak je hantar. Entahlah kaki ni masih lagi berat nak melangkah ke rumah sebelah. Lebih-lebih lagi mak boleh baca apa yang ada dalam hati aku ni. Malu weh. “Pergilah. Mak tak larat nak jalan ni,” sambil tangannya urut lutut. Tahu dah alasannya. Padahal jarak rumah mak dan rumah Mak uda, berapa langkah je. Tak sempat nak sakit dah sampai ke pintu rumah Mak uda tu. “Za pun dah lama tak jumpa mak uda kan? Bila lagi nak tunjuk mukanya.” Mak dah mula masuk bab membebel dah. “Banyak masa nak jumpa mak uda lepas ni mak. Za kan dah balik sini terus. Jaga mak,” jawabku beralasan. Aku pandang Hasif yang ralit melukis di atas kertas yang aku berikan. Hasif cuba tiru ikan yang aku lukis tadi, hampir berjaya dia tiru walaupun tak secantik yang aku lukis. Kira okeylah bagi anak seusia Hasif ini. Aku gosok kepalanya. “Pandailah Asif ni,” pujiku. Hasif tak banyak ragam. Ikut je ke mana aku...

Cinta Bawah Sedar Bahagian Tiga

Imej
Abang Zaid sengih segan. Aku nampak dia menjelingku. Sengaja aku buat tidak perasan. Aku fokus kepada Hasif. Hailaa Hasif, bikin Mak long malu je. Mak pula senyum-senyum. “Saya balik dulu Mak Cah.” “Iyalaa.. Jangan risau Hasif ni. Mama baru dia ada jagakan.” “MAK!” jeritku. Mak ketawa. “Kalau masin mulut Hasif tu, lega hati mak ni Za.” Merah cuping telinga Abang Zaid. Aku lagilah, tak tahu nak letak mana muka ni. Sepuluh tahun tak berjumpa, dan pertemuan ini membuatkan hati tak tenteram. Terus tak pandang mukanya. Bila dengar pintu ditutup, barulah aku menoleh, pandang mak. “Apa mak ni. Malulah Za. Nanti orang cakap andartu gatal pulak,” omelku geram. Mak senyum je. Tak ambil hati pun apa yang aku cakap tadi. Habisnya aku tanya mak. “Kak Aisyah pergi mana?” “Aisyah meninggal melahirkan anak bongsu mereka setahun lepas,” beritahu mak.  Aku termangu-mangu mendengarnya. Hati macam tak mahu percaya berita itu. Aku pandang muka mak lama. “Betul ke mak?” me...

Cinta Bawah Sedar Bahagian Dua

Imej
Akhirnya aku kembali ke desa. Rumah kampung separuh kayu dan batu ini bakal aku huni kembali. Jendela bilik, aku buka luas. Kicauan burung dan ayam itik ternakan mak bagaikan muzik indah di halwa telinga ku. Tenang. Damai. Itulah yang aku rasakan saat ini. tak pernah lagi jiwanya setenang ini. melihat kehijauan pokok buah-buahan yang arwah ayah tanam di tepi rumah, aku senyum sendiri. Kali ini musim buah-buahan aku tidak akan terlepas untuk menikmati lagi. Uwa..Uwaa... Tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak menangis. Dahiku berkerut. Setahuku, rumah sebelah hanya tinggal Pak Uda dan Mak Uda sahaja. Anak-anak dan cucunya hanya berkumpul di hujung minggu ataupun cuti sekolah sahaja. Pantas mataku melilau mencari suara tangisan itu. Di tepi pagar, seorang anak kecil jatuh terduduk, memegang kaki. Segera aku capai tudung lalu turun menuju ke tempatnya. “Kenapa ni?” Aku duduk bertinggung di depannya. Mukanya basah dengan air mata. Tangan pula pegang kaki. Nampak ibu jari kakin...

Cinta Bawah Sedar Bahagian Satu

Imej
Assalamualaikum Semua... Cerita Cinta Bawah Sedar yang bakal saya up ni versi cerpen.. Jadi ceritanya agak tergantung nanti... Sebab akan dijadikan novel penuh ataupun mini novel. Jom kita layan bahagian satu dulu... “Kau betul-betul pasti dengan keputusan ini?” Aku angguk. Terbayang wajah mak di kampung. Wajah itu semakin dimamah usia. Kudratnya sudah tidak sekuat dulu. Sejak mak jatuh di bilik air sebulan lalu, setiap hari aku memikirkan keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Ayah telah lama pergi. Tak sampai hati nak membiarkan mak sendirian lagi. Jika mak jatuh sakit lagi siapa ada untuk menolong. Adik-adiknya telah mempunyai keluarga sendiri. Walaupun Soleh tinggal berdekatan dengan rumah mak, aku tidak boleh mengharapkan Soleh dan isterinya untuk selalu melihat mak. Mereka berdua bekerja. Jadi masa pun terhad. Yang aku nampak sekarang, hanya aku sahaja yang patut korbankan kerja dan kembali tinggal bersama mak. Aku masih bujang. Komitmen keluarga belum ada. Jad...

Cinta Bas Express sudah berada di Pasaran

Imej
  Harga RM32.00 untuk pembelian boleh PM FB Penerbitan Novel Mania dan Aein Dhiyauddin.  Jom kita layan teaser sikit...  Cinta Bas Express “WEH, BERANGAN!” Tepukan sedikit kuat diberikan di bahu Sarrah. Sarrah jeling. “Kau tak ada kerja ke datang tempat aku ni?” “Kerja sentiasa ada, tapi manusia seperti kita ni perlukan rehat juga. Kena jalan-jalan makan angin.” “Banyaklah kau jalan-jalan,” ejek Sarrah. Tangan seperti selalu, tangkas melipat pakaian yang dipunggah oleh pelanggan. “Abang handsome kau tak ada datang ke?” “Abang handsome mana pulak?” Sarrah berkerut dahi. Otaknya tidak mendaftar mana-mana abang handsome dalam databasenya. “Alaa... yang datang hujung minggu hari tu, yang suruh kau pilih boxer untuk dia.” Dengar aje penjelasan Husniah, Sarrah mencemik bibir. Tang mana yang handsomenya? Tang gatal dia nampaklah. Ada ke patut dia kena pilih boxer untuk mamat itu. Fikir balik, berdiri bul...