Cinta Bawah Sedar Bahagian Satu

Assalamualaikum Semua...

Cerita Cinta Bawah Sedar yang bakal saya up ni versi cerpen.. Jadi ceritanya agak tergantung nanti... Sebab akan dijadikan novel penuh ataupun mini novel.

Jom kita layan bahagian satu dulu...


“Kau betul-betul pasti dengan keputusan ini?”
Aku angguk. Terbayang wajah mak di kampung. Wajah itu semakin dimamah usia. Kudratnya sudah tidak sekuat dulu. Sejak mak jatuh di bilik air sebulan lalu, setiap hari aku memikirkan keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Ayah telah lama pergi. Tak sampai hati nak membiarkan mak sendirian lagi. Jika mak jatuh sakit lagi siapa ada untuk menolong. Adik-adiknya telah mempunyai keluarga sendiri. Walaupun Soleh tinggal berdekatan dengan rumah mak, aku tidak boleh mengharapkan Soleh dan isterinya untuk selalu melihat mak. Mereka berdua bekerja. Jadi masa pun terhad.
Yang aku nampak sekarang, hanya aku sahaja yang patut korbankan kerja dan kembali tinggal bersama mak. Aku masih bujang. Komitmen keluarga belum ada. Jadi biarlah aku berbakti kepada mak di hujung usianya. Lagipun inilah masa untuk aku mengumpul pahala.
“Sayanglah. Kau baru sahaja di promote menjadi Senior Manager. Bukan ke itu yang kau tunggu selama ini. Peluang untuk bekerja di luar negara?” tekan Anisa.
Aku senyum dan angguk. Ralat. Siapa yang tak rasa sayang nak tinggalkan kerjaya yang sedang mendaki puncak sekarang. Tapi keputusan aku dah bulat. Mak kena menjadi keutamaan sekarang.
“Tak apalah. Aku bagi kau peluang. Aku hanya ada satu mak je Anis. Dia dah tua. Aku tak pernah lagi berbakti kepadanya. Selepas UPSR terus masuk asrama penuh, kemudian Scotland, balik terus kerja. Mana pernah aku jaga mak aku sejak dewasa ini. Mak dah tua Anis. Aku tak nak menyesal di belakang hari. Hilang kerja aku boleh cari. Hilang mak, takkan ada ganti lagi.”
Terdiam Anisa. Aku senyum dan tepuk bahunya. Barang-barang peribadi aku telah pun siap dimasukkan ke dalam kotak. Notis seminggu berhenti terpaksa diberikan. Jika ikutkan hati mahu berikan notis 24 jam. Tapi bila tengok wajah terkejut CEO, aku tak sampai hati. Tak jadi hantar notis mengejut itu. Kena hand over kerja yang tengah aku pegang kepada pekerja lain.
“Habis tu nanti kau akan buat apa? Takkan nak bergantung ihsan dengan adik-adik kau pula untuk sara kau dan mak?” Anis menyoal ingin tahu.
“Kau lupa ke? Aku kan penulis separuh masa. Mungkin dah sampai masanya aku fokus menulis sebagai sumber pendapatan utama aku.” Aku sengih. Tak ramai yang tahu aku adalah penulis. Novel meletup di pasaran pun, aku tak pernah tonjolkan diri pesta buku ataupun sesi bertemu peminat. Aku lebih suka low profile. Biarlah orang mengenali karyaku bukan diriku sebagai penulis.
Anisa sengih. “Aah. Lupa. Dengan menulis pun kau dah lebih dari cukup untuk tanggung hidup. Novel kau semua meletup.”
Aku letakkan jari telunjuk di bibir dan jegilkan mata. Suara Anisa ni kuat sangat. Tak nak orang lain tahu tentang kerja sampinganku.
“Kau ni perlahanlah sikit. Nak heboh satu pejabat ke? Sudahlah setiausaha aku tu hantu novel. Peminat nombor 1 aku. Kalau dia tahu habis satu dunia novel tahu.”
Terus Anisa tekup mulutnya. Seketika kemudian dia ketawa. Aku geleng kepala. Tak makan samanlah minah ni. Inilah kawan baik aku sejak masuk kerja di sini. Persahabatan kami yang berlandaskan sikap jujur dan profesional membuatkan kami rapat walaupun ada yang cuba mempolitikkan hubungan kami. Dia telah pun berkahwin dan mempunyai sepasang anak. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaannya. Sedangkan aku, masih lagi sendiri di kala usia menjangkau 34 tahun. Ada rindu berakar kuat di sudut hati paling dalam untuk seseorang. Sehinggakan aku tiada rasa membuka ruang hati untuk orang lain.
“Jadi kau nak balik kampung bila?”
“Esok,” jawabku.
“Habis kondo kau tu?”
Aku tepuk dahi. Patutlah aku rasa masa ada benda yang aku lupa tadi.
“Rumah tu aku nak jadikan homestay. Lokasi kondo tu strategik. Aku nak minta tolong kau jadi orang tengah serahkan kunci apabila ada penyewa nanti. Tukang kemas dan bersih rumah aku dah dapat. 15% komisyen aku akan bagi nanti. Boleh tak?”
Kening Anisa terjungkit sebelah. Otaknya ligat berfikir.
“Boleh tak? Kalau tak boleh, aku cari orang lain untuk uruskan. Tak susah pun. Just pastikan rumah berkemas sebelum penyewa masuk. Itu je. Marketing aku akan buat dari rumah. Boleh tak ni?”
Anisa angguk. “ boleh tak ada masalah. Janji ada komisyen untuk aku.” Dia tayang sengih.
“Mestilah. Takkan aku tak bagi pulak. Nanti kau buat kerja tak ikhlas. Hahahaa..” Aku ketawa. Soal duit ni kena jujur. Nak minta tolong orang, kena bagi upah juga sebab ada hasil dari pertolongan yang dihulurkan.
“Terima kasih Anis. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Kau mesti ambil peluang ini untuk naik. Aku tahu kau yang paling layak gantikan tempat aku.”
“Hahaha.. Iyalah tu.” Anisa geleng kepala.
“Kau layak. Aku tahu. Sebab kita dah lama kerja sama-sama.”
“Layak pun Za, aku tak nak. Kerjaya dah jatuh nombor 2. Keluarga first. Aku taknak sebab kejar kerja, keluarga tercicir. Masa berkualiti bersama keluarga lebih penting dari kau. Jika kau utamakan mak kau. Aku utamakan suami dan anak-anak aku.”
Aku angguk. Setuju dengan pendapatnya. Bagi seorang wanita, setinggi mana pun pangkat dalam kerjaya. Keluargalah yang paling penting. Aku peluk Anisa sebelum keluar dan berjumpa dengan bakal bekas stafku. Aku doakan mereka berjaya membina impian dan kerjaya yang diimpikan.

*****

Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6