Cinta Bas Express sudah berada di Pasaran



 

Harga RM32.00

untuk pembelian boleh PM FB Penerbitan Novel Mania dan Aein Dhiyauddin. 

Jom kita layan teaser sikit... 

Cinta Bas Express


“WEH, BERANGAN!” Tepukan sedikit kuat diberikan di bahu Sarrah.
Sarrah jeling.

“Kau tak ada kerja ke datang tempat aku ni?”

“Kerja sentiasa ada, tapi manusia seperti kita ni perlukan rehat juga. Kena jalan-jalan makan angin.”

“Banyaklah kau jalan-jalan,” ejek Sarrah. Tangan seperti selalu, tangkas melipat pakaian yang dipunggah oleh pelanggan.
“Abang handsome kau tak ada datang ke?”
“Abang handsome mana pulak?” Sarrah berkerut dahi. Otaknya tidak mendaftar mana-mana
abang handsome dalam databasenya.

“Alaa... yang datang hujung minggu hari tu, yang suruh kau pilih boxer untuk dia.”
Dengar aje penjelasan Husniah, Sarrah mencemik bibir. Tang mana yang handsomenya? Tang
gatal dia nampaklah. Ada ke patut dia kena pilih boxer untuk mamat itu. Fikir balik, berdiri bulu romanya. Ada bayangan nakal melintasi akal fikiran warasnya.

“Yang tu otak aku register sebagai mamat gatal miang. Rosak imaginasi gadis baik macam aku ni,”
rungut Sarrah.

Husniah mengekek ketawa. ‘Imaginasi gadis baik konon!’

“Kau terimaginasi apa?” tanya Husniah sambil berbisik. Dia tersengih gatal. 

Pantas jari Sarrah menyepit lengan gebu Husniah. Dijegilkan matanya.
“Bukan yang macam kau fikirlah. Gila kau! Rosak jiwa suci murni aku ni.”

“Hahaha... Aku tak cakap apa pun. Aku tanya kau aje. Kau bayangkan dia pakai boxer yang kau pilih
ek? Badan berketul-ketul. Ada bulu dada tak?” bisik Husniah.

“Huish...” Muka Sarrah memerah. Hantu betul si Husniah ini.
“Badannya mesti tegap dan berketul-ketul, kan? Tapi aku rasa tak adalah macam Zul Ariffin tu. Kurus sikit... macam Jensen Ackles tu. Senyum dia manis. Terjongket bibir ke atas sikit, melting weh!”

Sekali lagi lengan gebu Husniah menjadi sasaran Sarrah. Geram!

“Mengarut betul kau ni. Liar betul imaginasi kau!” 

“Eh, itu kira imaginasi baik apa? Liar macam ni...” Husniah dekat bibirnya ke telinga Sarrah. 

“Dia peluk kau dan kiss-kiss. Dah tu kau pun terlemah dalam pelukan dia... Auwww...” Terus terhenti bisikan nakal Husniah. 

“Gila bisa jari kau. Dapat parut ni, kau kena top up hantaran kahwin aku nanti,” bebel Husniah.

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Siti Dan Polis Comel



“Sila duduk Siti…”

Siti duduk di kerusi di tengah-tengah bilik. Dia membetulkan duduknya hingga dia rasa selesa. Itu penting untuk menjawab soalan yang bakal di tanya nanti. Kalau dia tak selesa dah tentu dia akan tertekan.

Tiba-tiba angin sejuk menampar pipinya. Secara automatik bulu romanya berdiri tegak bagaikan mendengar lagu Negaraku. Siti pasti yang datang bukan hantu tak ada kepala kerana Alan ada menjaganya tadi.

“Kakak tolong aku... mayat aku terbiar dalam semak kat sebelah bangunan ni. Tolong aku kakak.”

Siti menguis telinganya yang terasa sejuk dengan bahu. Dia cuba buat tak tahu. Senyuman ikhlas yang terpamer tadi bertukar jadi senyuman palsu. Aura sejuk sudah mula menjalar di tengkuknya. Kalau dibiarkan nanti boleh jadi sakit tengkuknya menahan sejuk.

“Sebutkan secara ringkas latar belakang kamu.” Salah seorang penemuduga membuka mulut.

“Kakak boleh nampak aku kan?” bisik lembaga tadi di telinganya.

Siti tersenyum kelat. Hantu ni tak nampak ke dia sedang sibuk. Siti abaikan sekali lagi. Tapi tangan hantu itu menggoncangkan bahunya. Siti berusaha sedaya upaya untuk menstabilkan kedudukannya. Dia hampir-hampir terjatuh dari kerusi.

“Aku tau kakak boleh dengar. Tolong jangan buat tak kak. Aku serius ni... aku takut.”

Siti ketap bibir. Rasa kesian mula timbul. Kalau dia tak tolong siapa lagi akan tolong hantu ni. Kalau tiada siapa jumpa mayat hantu ni, tentu dia akan kena ganggu.

“Kakak tolong aku... mayat aku terbiar dalam semak kat sebelah bangunan ni. Tolong aku kakak.” Hantu tadi tiba-tiba melompat dan berdiri di depan Siti.

“Atagafirullahhalazim!” Siti tutup mata dengan lengan. Terkejut sangat. Siti alih lengan dan buka mata perlahan-lahan. Meneliti penampilan hantu yang melompat tadi. Bunga kat tangan… baju sekolah… mangsa terbaru ke.

“Kenapa Siti?” tanya penemuduga lelaki.

“Saya lupa nak tutup api gas, cerek air saya kat dapur. Saya balik dulu. Terima kasih.” Siti segera bergegas keluar. Dia tak lupa menarik tangan lembaga perempuan tadi. Ketiga-tiga penemuduga tiba-tiba terasa sejuk bila hantu perempuan tadi melanggar badan mereka.


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6