Catatan

Spaghetti goreng simple

Imej
Sudah lama saya tak up makanan kat sini kan? Jadi hari ni saya up, masakan yang senang dan simple... Ni homemade dan resepi pun campak-campak ya Asalkan sedap rasa lidah saya.. **winks** Bahan-bahan Spagetti  Daging kisar 2 ulas Bawang putih (ditumbuk @ dipotong halus) 2 ulas Bawang merah (ditumbuk (@ dipotong halus) 1 batang carrot saiz sederhana (dipotong memanjang, saya parut macam nak buat kerabu tu)  1 biji tomato (dipotong dadu) Minyak Zaitun untuk menumis Garam dan perisa secukup rasa (lada hitam tumbuk @ sos lada hitam) Herba itali  Cara-caranya 1. Spagetti di rebus, masukkan sedikit minyak, toskan dan biarkan. 2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan daging kisar, agak-agak dah masak masukkan tomato dan carrot. Kacau sehingga sebati   4. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa (saya guna pati ayam knor) Lada hitam @ sos lada hitam (saya ta...

kembalikan Maruahku - 2A

Bab dua Aisyah mengeliat malas. Hari ini off day nya. Ingatkan hendak pergi jalan-jalan sambil window shopping di Mid Valley. Nak cari kasut. Yang lama sudah haus tapaknya. Kalau berjalan di dalam toilet di stesyen minyak tu, selalu dia nyaris-nyaris terjatuh. Dari dia menjadi nangka busuk yang terjatuh, baik dia cepat-cepat membeli kasut baru. Keluar dari bilik, keadaan rumah  sunyi sepi, abah dan mama kerja, Iwan dan Ana ke sekolah. Bagaikan tahu je perut yang berdendang ini, kakinya terus melangkah menghala ke dapur. Di atas meja terdapat roti gardenia dan juga sardine. Tentu mama yang siapkan ni, yang dia perlu buat Cuma, bancuhkan milo panas, sapu sardine ke atas roti dan bakar. Cukup untuk mengalas perut sampai ke tengah hari. Eh memang dah hampir tengah hari pun, dah pukul sebelas lebih. Iwan dan Ana petang baru pulang, setelah habis kelas tambahan nanti. Rumah ini terasa ada orangnya waktu malam dan hujung minggu je. Itu pun malam jumaat dan juga sabtu. Malam...

Kembalikan Maruahku- 1-A

p/s : shima repost semula km setelah diedit.. hope terhibur ya... Bab Satu Tiga tahun sebelumnya……. Aisyah memandang kereta yang singgah dan pergi dari stesyen Minyak shell ini. Malam ini seperti malam minggu yang lain sentiasa sibuk bagaikan di siang hari. Kereta ataupun motosikal datang dan pergi. Kadang kala lori ataupun trelar juga turut menyinggah sama mengisi minyak. Malam ini dia bekerja di dalam shift petang yang bermula dari jam empat petang sehinggalah dua belas tengah malam. Sudah hampir sebulan dia bekerja di sini setelah berakhirnya peperiksaan SPM. Daripada hanya melepak di rumah tanpa melakukan apa-apa baiklah dia bekerja, boleh juga dia mengumpulkan duit tambahan untuk melanjutkan pelajaran nanti. Di samping itu dia juga dapat memperolehi dia memperolehi pengalaman kerja yang berharga. Biarpun orang cakap, apalah sangat kerja kat stesyen minyak ni kan, bukannya mencabar pun. Namun begitu lain pula pemikirannya. Di sini dia mulai mengenal warna kehidupa...