kembalikan Maruahku - 2A


Bab dua
Aisyah mengeliat malas. Hari ini off daynya. Ingatkan hendak pergi jalan-jalan sambil window shopping di Mid Valley. Nak cari kasut. Yang lama sudah haus tapaknya. Kalau berjalan di dalam toilet di stesyen minyak tu, selalu dia nyaris-nyaris terjatuh. Dari dia menjadi nangka busuk yang terjatuh, baik dia cepat-cepat membeli kasut baru.

Keluar dari bilik, keadaan rumah  sunyi sepi, abah dan mama kerja, Iwan dan Ana ke sekolah. Bagaikan tahu je perut yang berdendang ini, kakinya terus melangkah menghala ke dapur. Di atas meja terdapat roti gardenia dan juga sardine. Tentu mama yang siapkan ni, yang dia perlu buat Cuma, bancuhkan milo panas, sapu sardine ke atas roti dan bakar. Cukup untuk mengalas perut sampai ke tengah hari. Eh memang dah hampir tengah hari pun, dah pukul sebelas lebih.

Iwan dan Ana petang baru pulang, setelah habis kelas tambahan nanti. Rumah ini terasa ada orangnya waktu malam dan hujung minggu je. Itu pun malam jumaat dan juga sabtu. Malam-malam lain. Sunyi juga macam tak ada orang kat rumah. Iwan dan Ana ke kelas tuisyen, Mama dan Abah pula kadang-kadang tu pukul sepuluh baru balik. Yang menunggu kat rumah dialah, penanam anggur bertauliah selama seminggu. Kemudian, dia meminta kebenaran abah untuk bekerja di stesyen minyak berdekatan dengan tasik Metropolitan itu. Itu pun bukan main payah untuk mama benarkan. Takut sangat anak dia ni, apabila bekerja kat Pam Minyak nanti, terbekawan dengan mamat bangla tu, nanti takut terjatuh cinta kat mamat yang punya wajah macam shah ruth khan ker, salman khan ke, tak ingin dia bermenantukan pendatang dengan Izin ker tanpa Izin ke. Itu cakap mama.

Haa itulah mama, Puan Saloma binti Mahmood, banyak sangat berfikir yang bukan-bukan. Takkanlah anak dara dia ni, low taste pulak. Padahal niat Aisyah ikhlas, nak mencari duit saku sambil menghabiskan masa dengan berfaedah. Duduk kat rumah tanpa berbuat apa-apa pun, buat apakan. Mama juga yang sakit hati. Sekurang-kurang lepaslah duit saku diakan. Lagipun dia dah berumur 18 tahun, dah habis sekolah. Kenalah belajar bagaimana mahu menguruskan kehidupan tanpa bergantung pada ibu bapa lagi. Punyalah jenuh dia memujuk.

“mama please, benarkan Syah kerja kat shell tu mama, lagipun dekat dengan rumah je” pinta Aisyah sambil memegang tangan mama.

“tak payahlah Syah. Buat apa nak susah-susah kerja. Duit kan mama dah kasi. Duduk je kat rumah, jaga adik-adik”

“jaga adik apa mama. Diorang dah besar. Lagi pun mereka tu, petang baru nampak muka. Malam ke kelas tuisyen pula. Nak jaga apa lagi mama?”

“jaga makan minum merekalah. Balik sekolah tentu penat dan lapar, syah masaklah untuk mereka. Lagipun masa nilah Syah nak belajar masak. Buku masakan mama tu haa banyak, Syah boleh try

Aisyah mencebik. “ Syah dah terror masaklah mama, setakat tomyam, sup, asam pedas semua terangkat. Nak belajar apa lagi?”

“tak pun Syah ambil kelas masakan, nak sayang? Nanti mama bayarkan feesoffer Puan Saloma.
“tak nak. Syah nak kerja kat Shell tu juga, bagilah peluang untuk Syah timba pengalaman mama, lagipun keputusan SPM lambat lagi, nak masuk U atau matriks pun lambat lagi. Syah nak rasa macam mana perasaannya dapat cari duit sendiri. kan pengalaman macam tu amat berharga. Jadi nanti setiap sen duit saku yang mama kasi kat Syah, takkan sewenang-wenangnya dibelanjakan. Tentu sekali Syah akan hargai nilai setiap titik peluh mama dan abah” peh ayat. Punyalaa ayat mengayat mama. Kalau mama tak cair lagi, tak tahu laa hati mama diperbuat daripada apa.

“ pandai kamu ye. Tak boleh juga. Mama risau sebenarnya”

“risau apa pula? Bukannya jauh pun Shell minyak tu dengan rumah kita. Tiap-tiap hari mama berhenti mengisi minyak kat situ jugakkan. Mama akan selalu tengok Syah jugakan. Syah tak ke mana pun, mama”

“bagi jelaa Sal, dari dia tidur bangun kat rumah ni tak berbuat apa. Dari dia merayau ke hulu ke hilir dengan member dia tu, ada juga faedah. Biar dia rasa bagaimana susahnya kita nak mencari duit ni” pujuk Abah pula. Sebenarnya abah tak berapa kisah sangat. Dia tahu, dia sudah pun memberikan pendidikan yang sebaik-baiknya untuk anak-anaknya. Ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Lagipun sampai bila nak mengurung Aisyah di dalam rumah, dah sampai masanya anak itu keluar untuk belajar hidup berdikari. Ini adalah langkah pertamanya.

“Sal risaulah bang. Bukan apa kat Shell tu kebanyakan pekerjanya bangla, kalaulah si Syah terpikat ker, terjatuh cinta dengan mamat – mamat tu macam mana? Dibuat lari balik ke Negara diorang macam mana?” sampai macam tu sekali pemikiran mama.

Aisyah sudah tergelak kuat. Terkekek-kekek. Iwan dan Ana pun sama. Cuma Encik Yusuf sahaja yang tersenyum-senyum. Nak gelak juga pun, kerisauan isterinya berasas. Di dalam surat khabar ada je cerita pasal anak gadis melarikan diri kerana mengikut kekasih yang merupakan pendatang, balik ke Negara mereka.  Kerana cinta, buang emak, buang saudara. Kerana cinta juga, lautan api sanggup diredah. Kononnya mahu hidup semati.

“hahahaha..mama..mama. sampai macam tu sekali mama berfikir? Ingat taste Syah ni mamat-mamat bangla, indon ke mama?”

“Syah pun tak inginkan diorang laa mama. Taste Syah ni mama, Hyun bin, Woo bin tu nak lah”

“siapa pulak, Hyun bin, Woo Bin ni? Tanya mama pelik.

“pelakon Korea laa mama. Handsome dan cute mama” celah Ana.

“Alaaa kasilaa kak Syah kerja kat situ mama, adik yakin, mama takkan termenantukan mamat bangla tu” sokong Ana. Cuba untuk memujuk Puan Saloma memberikan kebenaran kepada kakaknya. Bukan apa, boleh tumpang sekaki. Boleh bodek-bodek kak Syah untuk belikan CD Secret Garden tu. Hehehehe dah lama dia mengidamkannya. Kak Aisyah janji, kalau dia dapat kerja kat Shell tu, gaji pertama dia akan membelikan dia apa sahaja dia minta asalkan dia tolong sama memujuk mama. Abah sentiasa bagi green light. Mama tu yang susah sikit.

“takkanlah awak tak percayakan anak awak ni? Takkanlah dia nak cari mamat bangla sebagai menantu awak pula. Dah laa jangan dok fikir yang bukan-bukan” Encik Yusuf bersuara lagi setelah melihat isterinya masih lagi berfikir-fikir. Berat hati untuk membenarkan anak gadis mereka bekerja.

“beginilah mama, biar Iwan jadi spy mama, kalau ada je yang tak kena, macam lain macam je kak Syah ni, Iwan bagitahu mama yer” saran Iwan pula setelah dari tadi lagi menjadi pemerhati dan pendengar setia. Jangan tak tahu, dia pun, dah siap-siap diberikan rasuah oleh si Aisyah ni. Gaji pertama, nak apa sahaja, akan ditunaikannya asalkan sokong dia mendapatkan kebenaran daripada mama.

Hurmmmm.. mama mengeluh. Empat kepala lawan satu kepala mestilah yang satu tu yang kalahkan. “ kalau semua dah menyokong kakak, mama nak kata apa lagi. Tapi ada syaratnya”

Bibirnya baru nak berbunga senyum, terpaksa kuncup semula. “apa dia mama?” dia maniskan juga mukanya. Mama ni nak bersyarat-syarat pula. Macamlah dia nak bekerja jauh dari rumah. Depan tu je.

“jaga pergaulan. Kalau boleh jangan dok layan sangat mamat bangla kat situ. jangan dok cuba-cuba berkawan”

“mama ni, dah namanya rakan sekerja nanti, tentunya kena bercakap juga. Kalau tak mesti orang kata anak mama ni sombong. Habis tu macam mana nak kerja nanti” bantah Aisyah.

“maksud mama, bercakap hal-hal yang tak ada kaitan dengan kerja.” Puan Salmah membetulkan katanya tadi.

allright mama. Itu je? Ada nak tambah syarat lagi ker?” tanya Aisyah sambil tersengih-sengih. Iwan dan Ana dalam diam-diam menaikkan ibu jari. Ah seronoklah mereka tu sebab ada habuan yang menanti. Jadinya gaji pertama dah tahu dah ke mana perginya.

Mengingatkan malam itu, bukan main susah lagi mama hendak memberikan kebenaran membuatkan Aisyah ketawa sendirian. Mama.. mama… nampak je cool dan lemah lembut, tapi ketegasannya memang tak ada siapa boleh lawan. Even abah pun. kena buat pakatan dulu baru boleh menang. Nasib baik ada adik-adik yang sporting, abah yang understanding.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6