Kembalikan Maruahku- 1-A


p/s : shima repost semula km setelah diedit.. hope terhibur ya...

Bab Satu
Tiga tahun sebelumnya…….

Aisyah memandang kereta yang singgah dan pergi dari stesyen Minyak shell ini. Malam ini seperti malam minggu yang lain sentiasa sibuk bagaikan di siang hari. Kereta ataupun motosikal datang dan pergi. Kadang kala lori ataupun trelar juga turut menyinggah sama mengisi minyak. Malam ini dia bekerja di dalam shift petang yang bermula dari jam empat petang sehinggalah dua belas tengah malam. Sudah hampir sebulan dia bekerja di sini setelah berakhirnya peperiksaan SPM. Daripada hanya melepak di rumah tanpa melakukan apa-apa baiklah dia bekerja, boleh juga dia mengumpulkan duit tambahan untuk melanjutkan pelajaran nanti. Di samping itu dia juga dapat memperolehi dia memperolehi pengalaman kerja yang berharga. Biarpun orang cakap, apalah sangat kerja kat stesyen minyak ni kan, bukannya mencabar pun.

Namun begitu lain pula pemikirannya. Di sini dia mulai mengenal warna kehidupan yang sebenar. Di sini dia boleh melihat dan menyaksikan pelbagai gelagat dan karenah orang-orang yang singgah mengisi minyak di sini. Ada yang tergesa-gesa, ada yang berlenggang lengguk dan ada juga yang kalut. Malam ini tidaklah sesunyi dan tidaklah sibuk mana. Sebab itulah dia masih sempat berangan dan menantikan prince charmingnya. Terbayang orang yang digelar prince charming itu, automatik bibirnya mengukir senyuman angau. Pastinya sebentar lagi dia akan singgah mengisi minyak di sini. Setiap malam minggu begitulah rutin pemilik MBW sport itu. Dan beberapa minit selepas itu dia akan mengaum pergi membelah gelap malam.

Tepat seperti apa yang dijangkakannya, sebuah BMW sport warna hitam berhenti tepat pada salah sebuah pam minyak. Dengan langkah bergaya berseluar jeans hitam dan berbaju biru berbelang hitam, dia kelihatan amat menarik dan handsome di matanya. Ralit dia memerhati lelaki itu dari kaunter pembayaran. Persis model, eh macam bidadara pun ada. Hahahhaa..entah wujud ke tak bidadara ni, aku memang telah melalutlah. Ada pula menyamakan seorang manusia yang entah islam entah tidak dengan apa-apa yang bernama bidadara ni, kalau bidadari memanglah pasti kewujudannya untuk menemani para-para ahli syurga nanti.

Dalam tak sedar seseorang menghampiri kaunter pembayaran “ miss, RM60”

Aisyah terkejut “ hah?”

“RM60” beritahunya lagi. Aisyah mula kalut apabila tidak terjangka, si prince charmingnya berada di depan mata. Adakah malam ini, malam bertuahnya kerana semenjak dia menjadi pengintai setia, inilah kali pertama mereka bertentang mata pada jarak yang dekat, apatah lagi mendengar suaranya. Dalam kekalutan, Aisyah mengawal dirinya agar tidak ternampak janggal di mata idaman hati.

“dah” beritahu Aisyah. Sebuah senyuman dilemparkan.

“ lainkali jangan asyik dreaming je” sindir lelaki itu berserta dengan senyuman mengejek. Adoi… malunya. Berangan pula tentang dia. Pastu kena tegur pula olehnya. Apa lagi Aisyah terus menundukkan kepalanya mengawal pipi yang sedang disapu blusher semulajadi dari dalam dirinya. Bahkan selepas dia beredar menuju ke keretanya pun dia tidak lagi mengintainya sipi-sipi,sehinggalah keretanya melalui di hadapan kaunter. Mungkin sengaja, mungkin tidak mereka berpandangan seketika dan sempat lagi dia mengenyitkan matanya. Aisyah terkaku. Terkena panahan asmarakah dirinya?

“oit..kau tengok apa tu?” cuit Rahimah atau Imah yang baru sahaja keluar dari bilik stor.

Prince Charming kenyit mata kat aku tadi” beritahu Aisyah sambil tersengih-sengih.

“pooorah. Takkanlah dia nak kenyit mata kat kau, sikit pun dia tak ingin pandang pun”

“eh betullah. Tadi dia bayar kat kaunter tau. Bukannya guna credit card

“tapi…eeeii malu laa wei..agaknya dia perasan kot aku dok tengok dia” merah muka Aisyah apabila mengingat peristiwa tadi.

“kenapa?”

“dia tegur aku, jangan dok berangan je”

“hahahhahahaa….. padan muka kau. Ni tak, langsung tak control mata tu bila dia datang isi minyak. Macam manalah dia tak perasaan, kalau setiap kali mengisi minyak ada orang dok usha” sindir.

“siotlah kau ni..syyyy.. jangan cakap kuat sangat. Kau nak mamat-mamat kat sini tau ke?” marah Aisyah. Imah mencebik. Dah terkena angin angau agaknya membernya ini.

“tapi kan aku rasa dia bukan orang melayulaa.. cakap dia sedikit pelat. Matanya pun sepet je” beritahu Aisyah lagi sambil mengetuk mesin pembayaran itu.

“habis tu..kau berangan dalam mimpi je laa erk”

“kau ni berangan lagi, mimpi lagi… mana yang oknya?” usik Aisyah.

“dua-dua..kau memang kaki berangan pun. ore kelate kato, koya”

koya? Haahaha..koya tak koya… aku dah tersyok kat dia ni, balik ni mesti mimpi kat dia. Oooooo Manisnyaaa senyumanmu…” eh ternyanyi lagu Feminin laa pulak. Tak sudah-sudah dia tersenyum.

Adrian ketawa kecil. Memang sejak gadis itu kelihatan bekerja di situ, dia selalu perasan yang dia telah menjadi perhatian gadis itu. kadang kala tertangkap olehnya dia yang sedang merenung dirinya. padahal dia memang tahu. Ke mana sahaja dia pergi pasti akan menjadi perhatian. Apalah sangat kalau gadis-gadis menoleh dua tiga kali untuk melihatnya. Dan ada yang terlebih berani terus menegurnya untuk berkenalan. Dilayan je bukan luak pun.



*******


Tapi gadis di stesyen minyak itu, hanya memandangnya dari jauh. Dah hampir sebulan tak ada pula tindakan untuk berkenalan dengannya. Dan dia entah dari mana anginnya untuk membuat pembayaran di kaunter pada mala mini. Sebenarnya hanya ingin menegur gadis tersebut. Manis. Itulah tanggapannya. Walaupun bertudung dia tampak manis dan menarik. Mukanya yang bujur sirih dan berkulit sawo matang kelihatan kena dengan tudung kuning yang dipakainya. Mengingatinya hati Adrian berdebar, wajah tanpa sebarang solekan itu, yang bersih dari sebarang noda jerawat, hatinya bagai digaru untuk membelai. Apalaa rasanya kalau dia dapat mengucup bibir itu. tentu rasanya manis kan. Kah..kah..kah Adrian ketawa sendirian. Eeeeiii kenapa hatinya boleh terfikir sampai tahap itu. gatal pulak. Tak cukup-cukup ke dengan ciuman dan kucupan yang diterima saban malam. Ada hati untuk mengucup gadis Melayu itu. sudah tentu mawar larangan. Dari pemakaiannya, dia pun tahu.

Sepanjang perjalanan Adrian tersenyum, entah mengapa wajah gadis itu bagaikan melekat di kornea matanya. Wajah yang tersipu-sipu malu apabila ditegur dreaming. Isk.. apa hal pulak ni, takkan aku dah ter fall in love with her? Come on, dia tu jauh sekali dari taste kau. Stok yang tidak boleh dibawa ke pub. Mesti banyak pantang larang. Tapi gadis yang sebegitu yang disukainya. Susah nak dapat, tapi kalau dah dapat pastinya asyik melekat je.

Akhirnya dia sampai ke Kelab Utopia dan kisah gadis pam minyak itu terus hilang dari arus fikirannya buat seketika. Apatah lagi, dia disambut dengan pelukan dan ciuman dua gadis sexy. Selamba sahaja dia membalas. Orang nak bagi free kan, tentulah takkan ditolak. Dengan dua orang gadis yang menghimpitnya, Adrian menuju ke tempat member-membernya berada.

u’re late bro.. wassup. Ingatkan dah tak nak datang”

“mesti datangnya. Aku tertidur tadi” jawab Adrian sambil meneguk air kuning yang telah tersedia di atas meja. 

“jom menari” tarik salah seorang gadis yang menghimpit Adrian. Farra namanya, dia memang sukakan Adrian, tetapi Adrian hanya melayani sama dengan gadis-gadis lain yang sibuk mendampinginya sejak dulu. kadang kala hatinya diterpa cemburu tetapi apa boleh buat, awal-awal lagi Adrian menegaskan mereka Cuma kawan, tak lebih dari itu. kalau mengharapkan cinta darinya, takkan dapat. Bagi Adrian, hidupnya ketika ini terfokus kepada kerjayanya, syarikat yang baru ditubuhkan. Hujung minggu pula adalah waktu untuk dia bersantai dan dia tiada masa untuk memikirkan soal remeh berkaitan dengan cinta ini. Jadi sesiapa sahaja boleh menjadi temannya but not special girlfriend.

Jadi Farra tidak boleh merungut atau merengek untuk dimanja-manjakan. Dia perlu bersikap neutral kerana dia tahu Adrian Ho menyampah dengan gadis yang meliuk – lintuk bagai lalang yang ditiup angin. Adrian menyambut huluran tangan Farra lalu mereka menuju ke tempat tarian. Dihayunkan badan mengikut rentak lagu ke udara. Adrian memang suka menari. Dengan tarian dan menghayati lagunya, dapat menenangkan fikirannya. Itulah caranya dia release tension. Lain orang lain caranya. Dulu dia amat meminati muzik dan tarian, tetapi ditentang keras oleh Daddy. Kalau sudah dibangkang oleh Daddy, jangan harap sedikit pun dia akan dapat meneruskan minatnya. Jadi terkuburlah minat dan impiannya itu. mujurlah kerjayanya sekarang mampu mengubati luka dek halangan itu.

Irama bertukar rentak, dari rancak ke sentimental. Cepat-cepat sahaja Farra melekat ke badan Adrian Ho. Sengaja digesel-gesel bukit miliknya ke badan jejaka itu. tangannya pula memaut leher Adrian, dan wajahnya ditarik sehampir mungkin dengan wajah lelaki itu, mujurla ketinggian hampir sama dengan ketinggian Adrian apabila memakai sepatu tinggi. Dia mengambil kesempatan itu untuk mencium pipi Adrian. Adrian cepat-cepat menjarakkan diri. Terasa rimas pula malam ini. Biarpun dia telah terbiasa sangat dengan situasi seperti itu. Serta merta dia teringatkan gadis di Pam Minyak.

“jom balik rumah I” bisik Farra berani. Adrian tersenyum sinis.

I’m not interested” lalu Adrian merungkai pelukan itu dan menuju ke arah teman mereka. Farra telah merah mukanya. Malu kerana ajakannya ditolak begitu sahaja.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6