Cinta bas Express Bab 3

“Sarrah dah fikir masak-masak ke?” Mak Eton memandangnya, belas.

Sarrah senyum dan angguk. “ Ya Mak Eton. Sarrah nak bawa adik tinggal sekali. Lagipun dialah satu-satunya keluarga yang Sarrah ada.”
Mak Eton diam. Nyilu hatinya mendengar kata-kata itu. Sarrah dan Anah adalah anak saudara suaminya. Dia sayangkan kedua anak yatim piatu itu. Dia sanggup menjaga mereka tapi suaminya tak suka. Tidak anggap mereka anak saudaranya kerana bencikan ibu bapa mereka.
“Macam mana nak jaga Anah. Sarrah kerja.”
“Anah boleh jaga diri sendiri bila Kak Sarrah pergi kerja, Mak Eton. Anah bukannya budak kecil lagi. Anah dah umur 12 tahun dah. Tengok ni dah sama besar dengan kakak dah,” Saffanah peluk Kak Sarrahnya.
Sarrah senyum dan ketawa. Dia balas pelukan satu-satunya adik yang dia ada. “Kami akan saling jaga menjagai satu sama lain Mak Eton. Jangan risau,” pujuk Sarrah.
Saffanah angguk. Dia juga tidak mahu berpisah lagi dengan Kak Sarrah. Lagipun di kampung ini, dia rasa tidak selamat. Pak Deris, bapa saudaranya tidak menyukainya. Semua harta peninggalan arwah ibu dan ayah telah dirampasnya. Tidak ada tempat lagi untuk mereka di sini. Lebih baik dia mengikut Kak Sarrah.
“Mana Mak Eton tak risau. Korang berdua ni perempuan. Kalau jadi apa-apa nanti, siapa yang susah,” jarinya mengesat juring matanya. Sedih dengan nasib dua beradik itu. Tapi dia tak mampu buat apa-apa. Suaminya tidak mahu menjaga mereka. Katanya mereka ni beban, mengusahkan orang seperti mak bapak mereka.
“Allah ada Mak Esah. In Shaa Allah DIA akan jaga kami berdua. Mak Esah jangan risau ya. Doakan kami selamat dan hidup baik-baik dekat KL nanti.”
“Tak pun Sarrah kahwin dengan Abang Ajis. Dia boleh jaga korang dekat KL nanti,” saran Mak Eton. Dia sanggup paksa Ajis kahwin jika Sarrah setuju dengan cadangannya.
Sarrah geleng kepala. “Abang Ajis dah ada kekasihlah Mak Eton. Sarrah pernah nampak mereka tengah shopping dekat Sogo.”
“Tak ada pun Abang Ajis cakap dekat Mak Eton,” balas Mak Eton, kesal. Selalu Ajis telefon, tapi tak ada pulak bercerita tentang perempuan.
“Mungkin Abang Ajis tunggu masa yang sesuai kot.” Sengih Sarrah. Rasa bersalah pulak bawa mulut. Entah-entah yang dilihat tu cuma sahabat
“Iyalah.” Hilang kata. Mak Eton pandang Sarrah dan Saffanah. Sayangnya pada ke dua beradik ini macam anaknya sendiri.
“Tapi Mak Eton tak sedap hati nak lepaskan kamu berdua. KL tu bandar besar. Macam-macam orang pesen orang. Ada jahat dan ada baik. Mak Eton takut kamu jumpa orang jahat.” Dia pandang wajah ke dua beradik itu. Sayu hatinya. Kesal dengan sikap suami sendiri. Patutnya tanggungjawab menjaga kedua beradik ini jatuh ke bahu suaminya. Tapi tua tu kepala batu. Tak habis-habis dengan harta dunia. Dengan adik beradik sendiri dibuat musuh.
Terdiam Sarrah mendengar keluhan Mak Eton. Dia tahu Mak eton berat nak lepaskan mereka pergi. Tapi mereka terpaksa. Berada di sini pun menyusahkan orang juga. Lagipun dia tidak mahu Mak Eton dan Pak Deris bergaduh kerana mereka berdua.
“Sebab itulah Mak Eton kena sentiasa doakan kami, agar kami sentiasa selamat. Biar Allah Taala hadirkan orang baik-baik di dalam hidup kami nanti. Mak Eton jangan risau ya. Nanti cuti sekolah, Sarrah ambil cuti, balik kampung jumpa Mak Eton.”
“Iyalah. Setiap lepas solat Mak Eton akan sentiasa doakan. Jangan lupakan Mak Eton pula nanti.”
“Tak lupa Mak Eton. Kalau Kak Sarrah lupa. Anah ingatkan,” pujuk Saffanah ingatkan.
***** 
“Abang!”
“Faiha? Buat apa kat sini?” terkejut melihat Faiha berdiri di belakangnya.
“Buat apa lagi? Datang jumpa abanglah. Nak harapkan abang datang jumpa  Faiha, entah-entah tahun depan baru datang,” sindir Faiha Amelia. Dia berjalan mendekati lelaki bertubuh tegap itu. Rindu. Sungguh dia rindu. Tapi entah kenapa rindu itu semakin tawar. Tiada lagi manis dan hangat seperti di awal pertunangan mereka.
“Abang apa khabar?” soal Faiha lembut. Matanya tidak lari dari menyapu wajah tampan itu.
“Ba.. Baik. Alhamdulillah,” jawab Yafit gugup. Renungan tajam itu membuatkan hatinya berasa bersalah. Faiha baik. Faiha disenangi oleh keluarganya. Namun itu belum cukup membuatkan hatinya terikat. Rela memaknakan hubungan mereka.
“Faiha sihat?”
Faiha angguk. Fizikal luarannya sihat. Tapi dalamannya telah lama sakit. Sakit yang belum jumpa penawarnya.
“Badan sihat tapi hati telah lama sakit...” perlahan saja suaranya. Matanya dilarikan dari memandang wajah tunangnya.
Yafit terdiam. Rasa janggal sebab dia tidak mampu memujuk. Memandang wajah manis tapi sendu di depannya, hati semakin rasa bersalah.
“Kita ke masuk ke cafe dulu, berbual di tengah jalan ni, banyak mata pandang,” ajak Yafit.
Faiha angguk. Dia mengekori langkah tegap Yafit.  Mereka mengambil meja di tepi tingkap. Beberapa minit duduk, pelayan datang mengambil pesanan.
“Faiha nak minum apa?”
“Tembikai laici ais.”
“Saya, teh tarik kurang manis,” cakap Yafit.
“Makan?” soal pelayan itu.
“Faiha?”
“Tak.”
“Saya pun tak. Minum je.”
“Hari tak kerja?” soal Yafit setelah agak lama mereka mendiamkan diri.
“Hari ni off. Saja datang jumpa abang. Nampak sihat je,” balas Faiha. Dalam makna dalam kata-katanya.
Yafit menarik nafas, bibirnya tarik senyum segaris. Canggung dengan keadaan mereka sekarang. Sudah lama tidak berjumpa. Berbicara melalui whatapps pun hanya sesekali dia layan. Tak tahu lagi bagaimana mahu mengelakkan diri. Menerima, bererti mereka berdua menderita dalam diam.
“Abang minta maaf. Tak ada niat nak sakitkan hati Faiha..Abang...”
“Tapi abang sakitkan jugakan? Layan Faiha macam anak patung. Tak ada perasaan. Kalau pun benci sangat pun, at least bagi satu peluang untuk kita mencuba. Faiha yakin abang akan cintakan Faiha jugak.”
Yafit menarik nafas. Peluang apa kalau setiap kali dia pandang wajah Faiha meluat yang datang. Cinta apa setiap kali mendengar suara Faiha menyampah yang datang. Kerana dipaksa bertunang padahal dia telah berterus terang tak sudi.
“Sampai bila Faiha nak faham.. Abang takkan cintakan Faiha,” keluh Yafit.
“Tipu. Abang bohong. Kalau betul abang tak cintakan Faiha, kenapa dulu abang sanggup berkorban nyawa selamatkan Faiha?”
“Buk...”
“Abang tu yang tak sedar, dalam hati abang dah ada Faiha.” Pintas Faiha. Dia yakin sangat. Yafit cintakan dia.
Yafit usap tengkuknya. Dia tenung wajah cantik tunang seketika. Dia tarik nafas. Itulah yang Faiha tak tahu. Bukan dia yang menyelamatkan Faiha tapi.. orang lain.



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6