Beautiful Jodoh Bab 9
Jom kita layan bab 9. Novel ni kisahnya santai je. Saya tak mahu pembaca pening kepala. Saya mahu pembaca enjoy bila membaca novel-novel saya. Walaupun santai saya terapkan juga sedikit ilmu di dalamnya. Semoga memberi kesedaran kepada kita semua. “M UNGKIN Ferran jadi berani sebab tahu Ara ni adik Imran?” teka Naemah. “Mungkin juga. Tapi, aku tengok sikap Ara, macam tak suka pun Ferran tu.” Latifah berkata pula. “Laa ... baru lagi. Lama-lama nanti hati Ara tu cairlah,” balas Zakiah yakin. “Kita tunggu dan tengoklah.” Masing-masing mengangguk. Habis bergosip, mereka kembali membuat kerja masing-masing. Haura Nur baru selesai mandi. Dia bersolat dan kemudian naik ke atas katilnya. Diari pink di bawah bantal diambil. I feel like I’m dreaming. Does he really like me? Tak mungkin! Sebab Abang Im yang suruh!. Emosi Haura Nur berubah. Dia tidak jadi menulis dalam diarinya. Dia memejamkan matanya, mahu berehat. Yang lain membuat hal masing-masing. Namun, baru hend...