Catatan

Cinta Bas Express : Bab 1

Imej
Salammm Semua...  Next Mini Novel terbaru dalam proses pertukangan... Semoga terhibur...  Gadis itu kaku di tempat duduknya. Yafit pandang sekilas. Samar-samar lampu jalan membuatkan dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah gadis itu. Namun dia yakin, tentunya comel. Anak gadis Kelantan memang comel-comel belaka. Namun wajah itu muram. Ada kesan air mata di pipinya. Serta merta hatinya tiba-tiba prihatin. “Boleh tak awak jangan pandang saya. Nak tidur pun tak boleh,” tegur gadis itu. Yafit tersentak. Belum sempat menegur, gadis itu telah menyergahnya. Dia tersengih sambil gosok kepalanya. Terkantoi tenung anak dara orang. Boleh tahan garangnya! “Dahlah muka macam penyagak, perangai pulak miang gatal. Kalau awak tenung lagi, saya adu dekat pak cik driver tu. Biar dia tinggalkan awak tepi jalan!” ugut gadis itu. Yafit rasa mahu ketawa. Berani betul dia. Tak padan dengan kecik. Ada hati ugut orang. Lambat-lambat kepala Yafit kembali mengadap ke depan. Dia ...

Cerpen Fairytale : Si Kacak dan Si hodoh

Imej
Cerpen ini spontan dibuat untuk menyahut cabaran rakan penulis @AQ Novelis  Ia adalah cerpen berangkai dengan tema-tema cerita fairy tale.. Saya dapat tema Beauty and the Beast. Ditukar menjadi Si Kacak dan Si hodoh...  Cerpen Fairy tales dengan penampilan istimewa kasut kak peah. Kak Lynn Safiya - Mr Frozen Yumi Hyra - Encik Rapunzel Jaja Ahmad - Puteri Jasmeen-A Aein Dhiyauddin - Pakcik Cinderella Dhiyana Novelist - Mr Aurora ( sleeping handsome) Mr Hondsome and Beasty - Shima Rostam Mr Snow White - AQ Novelis Panggg.... Buat ke ratus ribu kali, cermin menjadi mangsa. Retak seribu dan pecah berderai.  Arrggghhhh... Raungan pilu seorang gadis hampir didengari oleh semua orang yang berada di villa mewah atas bukit itu. Jason tersentak. Terkejut. "Siapa yang menjerit tu?" spontan soalan ditanyakan kepada Encik Noh.  "Cik Bella," jawabnya. Senyum segaris diberikan.  ...

Review Berikan Aku Peluang MencintaiMu

Imej
Assamualaikum dan Selamat Pagi semua Alhamdulillah... Pagi yang indah... Mood pun kena sentiasa indah juga... Minggu lepas BAPM ada yang telah dapat. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi membeli dan membaca karya saya ini. Terima kasih- terima kasih... Setakat ini saya terima review yang positif... Review Pertama oleh Zura Done 29/10/2017 ( 11 ) 🎇 🎇 🎇 🎇 Berikan Aku Peluang Mencintaimu ( 346 m/s ) by Shima Rostam Syed Al-Aiman @ Noble-Man lelaki yg penuh dgn cita2 untuk berjaya dalam hidup , impian nya cuma satu menjadi kaya supaya dapat memenuhi impian insan yg tersayang dlm hidupnya Riya Adriana @ Mizz -Lady gadis yg masih menuntut di UM , dia x yang tidak percaya dapat istilah cinta ketika masih belajar lantasan itu Riya lebih selasa menghabiskan masa di cyber cafe dr keluar berlibur bersama rakan2 Riya dan Syed bertemu dialam maya Yahoo Masseger dgn nama cyber masing, walau pun tidak pernah bertemu tp rasa sayang muncul disudut hati masing2 , meng...

Prolog : Hati Yang Kau Sakiti

Imej
Assalam dan selamat pagi. Ini adalah cerita terbaru saya. Dalam proses pembikinan. Ia adalah kesinambungan daripada Cerpen Hati Yang Kau Sakiti.  ******** “Aku menyampah tengok si Hafiz tu. Dia tak sesuailah untuk Ami.” “Sama.” “Apa yang Ami nampak dekat dia tu? Aku tak fahamlah.” “Mata orang bercinta ni buta. Yang buruk pun nampak baik. Yang hodoh pun hensem.” “Kita kena tolong dia. Jangan biarkan dia terperangkap denga mamat bertopeng baik tu.” “Habis tu kita nak buat apa?” “Cari jalan pisahkan mereka.” “Any idea?” “Tengah fikir.” Amina Nabila Amru Hafiz  Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Kek kasih sayang (kek pisang nestum oat)

Imej
Ni entri suka-suka... cerpen kot... hihi.. ikut penilaian korang laa ya...  Hari-hari macam ni memang bosan. Nak buat apa ya? Tisya mengeluh sendirian. Tadi abang whatsapp dia akan balik awal hari ini. Sukanya. Tapi aku tak tahu pulak nak masak apa. Tisya mengeluh lagi dalam hati. Kakinya dihalakan ke dapur, dibuka peti sejuk dan melihat apa yang ada di dalamnya. Pisang! Buat kek pisang Pantas di buka facebook dan terus ditaip di carian resepi kek pisang. Banyak pulak tapi yang mana satu yang sedap dan senang? Lalu dia melihat satu persatu resepi yang ada. Hmmm... yang ni senang tapi tak ada pulak almond flakes & cincang. Bantai je laa apa yang ada. Asalkan kek aku ni sedap dan tak bantat. Tisya ikat rambut tinggi-tinggi. segala bahan yang diperlukan dikeluarkan dan diletakkan di atas meja makan. Nasib baik ada pengadun kek, kalau tak terpaksa guna tanganlah. Dia mula hanyut dalam dunianya.  Bahan-bahan 3 biji pisang, dilenyek suk...

Abang Hensem, Jihan Epilog.... last dah

Imej
Salam... seperti yang saya janjikan...  Selamat membaaca dan semoga terhibur Suka.. boleh tinggalkan komen di sini dan juga page facebook.  Like jika tak nak komen pun...  Tisya terdiam. Ditenung cincin di jari manisnya. Kemudian diangkat kepala dan melihat wajah-wajah kesayangannya yang sedang tersenyum lebar. Rumah mama dan papa telah berubah habis. Semuanya nampak serba baru. Dua buah khemah besar berdiri megah di hadapan rumah. Dia kelu. Baru beberapa jam lepas dia bersetuju menjadi isteri Nzakir. Sekarang di rumah mama dan papa, persiapan untuk perkahwinannya telah siap. Cuma tunggu dia saja. Pagi esok dia akan dinikahkan. Nak bertanya, dia hilang kosa kata. Senyum lebar mama, senyuman mengusik abang dan kakak-kakaknya membuatkan dia tidak mampu nak kata tidak. Entah bila semua ini dirancang. Entah bila Nzakir datang berjumpa dengan keluarganya. Dia tidak tahu menahu langsung. Licik sungguh perancangan Nzakir. Tisya pasti abang ngah mastermi...