Abang Hensem, Jihan part 5
“Wah... tak sangka baru je duduk sini dah ada hati nak goda Nzakir.” Tisya terkejut mendengar suara kasar Lana. Teman serumahnya. Tisya diam. Bibirnya yang ingin mengukir senyum terus kaku. “Kebetulan jumpa,” jawab Tisya telus. “Kebetulan ke atau kau sengaja buat-buat jumpa,” sindir Lana. Mulut menjuih. Wajah suci Tisya semakin menyampah dimatanya. Bajet gadis melayu terakhir. “Terpulang kepada kau nak cakap apa. Aku penat. Nak rehat dan tidur. Selamat malam!” tanpa menghiraukan jelingan Lana, Tisya melangkah ke biliknya. Selama sebulan menyewa di sini, boleh dikatakan beberapa kali sahaja mereka bertegur sapa. Masing-masing buat hal sendiri. Tisya ada juga cuba meramahkan diri dengan Lana. Tapi sikap sombong dan beku rakan serumahnya mematikan hasratnya. Christine pula jarang berada di rumah. Dia lebih banyak menghabiskan masanya di rumah teman lelakinya. Tapi Christine seorang yang peramah dan mesra orangnya apabila sesekali balik ke sini. “...