Catatan

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Imej
Assalamualaikum semua.... Novel terbaru saya, di PBAKL 2023  Boleh dapatkan di reruai Lovenovel di bilik Mawar Blurb  Nailah dan Anuar berkahwin atas pilihan keluarga. Dua tahun perkahwinan, Anuar melayannya dengan baik. Tapi Nailah tidak pernah rasa bahagia.  Dua kawan baik mereka, Firdaus dan Wafa selalu sahaja menjadi orang ketiga merebut perhatian Anuar, sampaikan Nailah rimas.  “Sampai bila kita nak macam ni, awak?” - Nailah.  “Sorry, saya janji selepas ini masa saya untuk sayang, berdua.” - Anuar.  Buat seketika, Nailah terasa bahagia. Tapi apabila rahsia sebenar Anuar terbongkar, Nailah kecewa yang tidak terhingga. Rahsia apa? Hanya Nailah dan Anuar saja yang tahu. Muncul pula Nik Zayan menjadi penyelamat Nailah. Dia ikhlas membantu dan menolong Nailah melalui hari-hari sukarnya.  “Pertama kali saya lihat awak, saya dah jatuh hati. Tapi kerana awak isteri orang, saya simpan ketat perasaan cinta itu dalam hati.” - Nik Zayan.  Nailah bertekad...

Random Story 3

Imej
Cerita ni saya tulis 2017. Ada kisah luahan di page KRT yang menarik minat saya. Jadi kononnya nak buat novel.. tapi entah siapalah yang salah.. Sampai sekarang tergantung... Tak panjang sangat ni, dalam lebih 2 ribu patah kata je... Dan macam tak ada kaitan lak dengan kisah bawah tu... hehehe sebab baru bab awal tau... Bab 1 Shawl merah jambu dililit kemas. Matanya mengerling jam di dinding. Masih lagi ada masa 15 minit sebelum Wazir datang. Hari ini hari ulang tahun percintaan mereka yang ke 5. Tak sangka cinta yang berputik sejak zaman belajar di Universiti masih kekal sehingga kini. Dia merasa bertuah dapat memiliki cinta Wazir. Dia tidak lupa, ketika di Universiti, Wazir diminati ramai. Wazir popular dikalangan mahasiswi. Pertemuan tidak sengaja mereka di Taman Tasik Titiwangsa mengubah cerita. Dua bulan selepas itu hati Wazir menjadi miliknya. Cuma sejak kebelakangan ini, Afia merasakan ada sesuatu tak kena dengan Wazir. Dia macam tak semesra dulu. Whatapps sudah jarang digunakan...

Random Story 2

Imej
Okey saya kongsikan random story lain pulak... Tergantung jugak ya. Sebab cerita ni pun saya main tulis je... bila nak sambung tersangkut... Part 1 “Aku tak faham, kenapa mereka bercerai.” Mata Tasya tak berganjak dari kaca televisyen tapi mulutnya mengomel tak sudah. “Tolak tuahlah bekas bini Dato’ Z tu,” bersambung lagi. Aku sengih. “Tuah tak tuah. Kalau dah setakat itu jodoh mereka, nak kata apa lagi,” jawabku. Tak hingin aku jadi tukang ulas perceraian yang menjadi topik hangat rakyat Malaysia tika ini. tapi dalam hati terselit simpati kepada anak-anak mereka. Dari segi kebendaan dan wang ringgit, anak-anak itu tidak terkurang satu pun. Tapi kasih sayang pastinya akan terkurang, bukan seperti sebelum. Mental mereka juga turut terjejas, apatah lagi kes penjagaan mereka menjadi rebutan di antara ibu dan ayahnya. “Aku kasihankan anak-anak mereka. Aku pernah rasa apa yang mereka rasa dulu,” kata-kata itu lebih pada diri sendiri. “Mereka tak kurang satu pun. Ibu ayah mereka pun pasti ba...

Random story 1

Imej
Random... Versi ni takkan siap... Sebab saya akan padam dan tulis baru. Tapi sayang pulak saya nak padam macam tu je, bila sekian-sekian tulis padam dan tulis padam. Jadi saya kongsikan di sini. Kisah Nailah ini ada plot lain yang telah saya drafkan... Jadi bila korang baca ni jangan kecewa sebab hanya 4 bab lebih sahaja saya kongsikan.... **Prolog** “Talak tiga!” Mak Rozi mengurut dada mendengarnya. Wajahnya bertukar merah. Manis wajahnya telah hilang. Mata garang memandang Nailah. Anak yang selalu membuatkan darahnya mendidih. Tidak mampu menahan perasan marahnya, tangan naik ke muka Nailah. Pang Pang Serta merta dua belah pipi Nailah berbekas merah, hasil dari penangan tangan kasar ibunya. Nailah jatuh terduduk Sakit punggung tidak dihiraukan. Hujung bibir berdarah tidak dirasakan. Pipinya pijar. Dia sudah menjangkakan inilah habuan diterima apabila balik kampung membawa perkhabaran penceraiannya. “Aku tak izinkan kau bercerai. Nuar tu sebaik-baik lelaki aku pilih untuk kau. Anak de...