Sambal Telur Pecah by Auni & Aazad (Tunggu Awak Datang)

"Yang laparlah," adu Aazad. Semenjak dua tiga minggu ni dia cepat sangat terasa lapar. Tapi nak makan masakan isterinya walaupun hanya telur goreng. 

Hari ini dia terasa nak makan sambal telur. Kecur air liurnya bila terbayangkan sambal telur pecah air tangan isterinya. Walaupun hati terasa pelik tapi dia tidak dapat menahan nafsu makannya. Yang paling peliknya dia hanya berselera makan makanan yang dimasak oleh Auni saja. 

Orderlah food panda makanan kegemarannya sekali pun, sikit tidak membuka selera. makan dua mulut dah tak nak. Ada saja yang tak kena, terasa tawarlah, tak sedaplah.   

"Pergilah makan. Makanan banyak tu kat dapur. Maggi berpaket-paket. Sardin, kari ayam dalam tin pun ada," balas Auni. Sejak Covid 19 ni melanda, sibuknya bertambah berkali ganda. Semuanya nak cepat, laporan setiap hari kena hantar. Dengan PdPr lagi dan nak kena jaga 'baby besar ni lagi. Rasa 2 tangan yang ada ni tak cukup nak buat semua kerja. 

"I nak makan sambal telur pecah yang sayang masaklah. Dah tak lalu nak tengok sardin tin tu. Order food panda pun dah muak." mengada sungguh si Aazad ni. Sejak kena PKP ni, setiap hari nak menempel saja kerjanya. Di situ Auni buat kerja, di situ juga dia duduk. 

"Saya sibuklah. Boleh tunggu kejap tak, 15 minit. Sikit lagi nak siap report ni."

"Hmmm... baik. 15 minit je tau. Abang lapar ni. Kalau kena gastrikkan sayang jugak yang susah nanti." Siap diberi amaran kasih sayang lagi.
 
Auni tepuk dahi. Sejak bila pula CEO syarikat bertukar mengada-ngada macam ni. Agaknya inilah kot penangan PKP, PKP.. PKPD tak habis-habis ni. 

Corona Virus silakan pergi kau dari bumi ini. Aku pulak terasa stressnya. Malam-malam pula, setiap malam kena 'tidur awal'. Konon... Awal masuk bilik. Tidurnya selepas dia puas dikerjakan. Lagi bertambah penat dia. Jika hari tu Auni ada niat nak berhenti kerja, sekarang niat itu terpaksa dilupakan. 

Lima belas minit kemudian...

"Yang.. dah 15 minit ni. Abang lapar..." rengek Aazad. 

Iya-iyalah... Saya masak jap."  Terpaksalah kerjanya ditinggalkan sekejap. Kasihan pula mendengar suara lirih suaminya. 

"Thanks sayang." bibir Aazad sempat mendarat di pipi Auni. 

Namun Auni menjeling tajam, tak terpujuk dengan ciuman itu. 

 Resipi Sambal Telur Pecah. Senang dan ringkas sangat masaknya. 
Tak sampai 15 minit pun dah siap. 


Bahan-Bahan 

4 biji telur Ayam 
2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang merah besar 
5 ulas bawang putih 
*bawang merah dan bawang putih dikisar bersama sedikit air) 
Garam & Gula secukup rasa
Kiub Ayam ( ikut suka jenama apa yang digunakan.) 
Sebiji bawang besar dipotong bulat 

Cara memasak ;
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan bawang yang dikisar tadi sehingga naik minyak. 
2. Kemudian masukkan setengah gelas air. kacau sehingga sebati.
3. Masukkan garam, gula & kiub ayam tadi. Kacau rata. 
4. Pecahkan telur ke dalam kuah sambal tadi. Jangan kacau.
5. Tutup dan biarkan dalam 2 hingga 3 minit. Barulah boleh ditutup api. 
6. Sedia untuk dihidangkan 


"Abang siap! Mari makan. Tadi cakap lapar sangat," panggil Auni. 
Perutnya juga turut berbunyi bila mencium bau sambal telur pecah ni. Sempat dia goreng ikan siakap. Sekali dengan sambal belacan dan ulam raja. 

Makan dengan nasi panas-panas ni sedap. Mahunya bertambah 2 pinggan nasi. Biasanya bila dah malas sangat masak dan nak cepat, lauk inilah yang saya masak selalu. Cili kisar dan Bawang kisar selalu ada stok dalam peti ais. Jadilah masaknya. 

"Cominggg..." tak sampai sesaat Aazad muncul di meja makan. 

"Sedapnya yang. patutlah badan perut abang dah hilang petak-petak dah. Sebab sayang masak sedap." 

Auni juling mata ke atas. Aazad ni sejak kena PKP ni bukan main lagi manis mulut tu. Ada saja bahan nak memuji. Padahal dia masak sambal telur dan goreng ikan je kot. 

"Abang ni kan, dah kena sampuk hantu PKP ke? Memanjang memuji saya. Naik mua saya dengar." 

"Laaa... abang tegur bini sendiri pun salah. Lainlah kalau abang tegur anak dara sebelah rumah tu. " 

Teringatkan anak-anak dara sebelah rumah tu, menyirap darah Auni naik ke muka. Bukan main lagi si minah tu bersantai-santai di balkoni dengan berpakaian seksi. Sengaja nak menggoda Aazad. 

"Jangan nak gatal bersantai-santai kat balkoni pulak." 

"Eh... dari tengok yang haram baik, abang ajak sayang bersantai dalam bilik. Banyak pahala dapat." 

"Doa makan.." Auni malas nak melayan. Nanti melalut ke tempat lain pulak..







bersambung di lain entri...  Entri suka-suka.. Spontan... 





Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6