Beautiful Jodoh ; Prolog ii (bahagian 1)



“Mama memang dah tak sayangkan Arakan, mak tok?” tenang kedengaran suara Haura Nur bertanya.

Mak tok yang tengah mengupas bawang terhenti tangannya. Mata mak tok berkaca.

“Mama kamu ikut suami baru dia. Suami dia tak nak bagi dia bawak kamu. Jadi mama kamu terpaksa mendengar kata suaminya. Dia bukan tak sayangkan kamu tapi dia terpaksa tinggalkan kamu. Lagipun elok kamu duduk dengan mak tok, adalah teman mak tok. Tak adalah mak tok sunyi sangat,” jelas mak tok satu persatu.

Haura Nur diam. Hati menangis di dalam namun dia angguk sambil senyum.

“Ara suka teman mak tok dan atuk. Lebih seronok tinggal kat sini,” balas Haura Nur dengan suara cuba diceriakan, kedengarannya janggal tapi mak tok tahu dan buat-buat faham.

Sejak itu Haura Nur tidak lagi bertanyakan mamanya. Apatah lagi ayahnya yang telah lama menghilang.

“Abang Im sayangkan Ara tapi Abang Im terpaksa dengar cakap ayah. Oleh sebab itu Abang Im membuat keputusan ke UK lebih awal. Ara duduk baik-baik dengan mak tok dan atuk. Dengar cakap mereka dan belajar rajin-rajin. Buktikan kepada mama dan ayah walaupun mereka membuang Ara, Ara tetap berjaya di dalam pelajaran.”

Masa itu Haura Nur terdiam mendengar setiap kata-kata abangnya. Dia tidak mampu bersuara kerana menahan tangis. Dia rindukan kebahagiaan dulu. Dia rindukan Abang Im, mama dan ayah. Tapi kenapa mereka kejam meninggalkannya tergapai-gapai sendiri. Bila hati dah tenang dan suaranya dapat dikawal barulah dia bercakap.

“Ara faham. Ara baik-baik saja di rumah mak tok ni. Mak tok dan atuk jaga Ara dengan baik. Sikit pun tak kurang. Abang Im jangan risau, Ara dah besar dan pandai jaga diri. Abang Im tu yang patut jaga diri tempat orang.”

“Abang Im tahu, adik abang seorang yang kuat dan bijak. Abang mahu walau apa pun yang terjadi Ara mampu menempuhinya dengan hati terbuka. Ara tunggu abang balik. Nanti abang akan jaga Ara dan kita akan bersama kembali.”

“ Baik Ara akan tunggu abang balik.” Itu perbualan terakhir mereka sebelum Imran Iman berangkat ke luar negara.

@@@@@

“Ara pergi masuk dewan, ustaz dah panggil tu,” gesa atuk.

Wajah Haura Nur pucat. Dia terlupa membawa alatulis, macam mana nak jawab soalan nanti.

“Ara...” panggil atuk lagi.

“A.. Ara lupa bawak alatulis, tuk.”

“Allah budak ni, alatulis boleh pulak lupanya.”

“Pak cik.. anak pak cik boleh pinjam dulu pen saya,” tiba-tiba ada seorang remaja lelaki menghulurkan pen kepada atuk.

“Alhamdulillah, nasib baik ada kamu nak, Ara ni macam mana boleh lupa.” Pen diambil dan diserahkan kepada Haura Nur yang terkebil-kebil memandang atuk dan remaja lelak itu. Merah mukanya sebab segan.

“Laaa.. tunggu apa lagi, cepat masuk dewan,” gesa atuk selepas melihat cucunya teragak-agak bergerak.

“Pergilah. Soalan senang je, saya pasti awak dapat jawab semuanya,” ujar remaja lelaki itu pula apabila melihat Haura Nur teragak-agak.

“Err.. terima kasih.” Kali ini Haura Nur melangkah menuju ke dewan sekolah.

“Terima kasih nak. Sekolah ini jugak ke?”

“Sama-sama pak cik. Ya saya. Saya tahun depan masuk tingkatan tiga.”

“Panggil pak cik, Tok Long. Tadi tu cucu tok long, namanya Haura Nur. Dia tinggal dengan tok long. Mama dia anak tok long, bercerai dan kahwin lain, jadi tok long jaga dia. Nama anak ni siapa?”

“Saya Ferran Atiq, tok long. Panggil Ferran boleh, Atiq pun boleh.”

“Ooo.. baguslah tok long jumpa kamu. Nanti bila dah start sekolah, tolong tok long kamu tengok-tengok Ara ni. Sejak mak ayah dia bercerai, dia berubah pendiam. Tok long risau pulak. Macam manalah dia kat sekolah nanti. Semasa sekolah rendah dulu, ada jiran tok long cikgu sekolah, jadi guru kelas dia. Tok long tak adalah risau sangat.”

“Baik tok long. Inshaallah saya tolong tengok-tengokkan.” 



Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6