Volume 2 ; Raya Datang Lagi teaser 2

Ramadan Tiba Teaser 2 Vol. 2 Untuk pembelian sila klik di sini “Abang tak dah tak suka dia tapi entahlah...” keluh Zamri. “Jadinya abang suka siapa? Nurul?” Zamri angguk lemah. “Kalau suka Nurul bertindak cepat. Jangan bagi dia tinggalkan abang. Terus ikat dia jadi bini. Kalau tengok whatapps dia ni, keputusan Nurul dah bulat. Hari tu dia ada cakap biar abang yang putuskan pertunangan sebab tak sanggup kecewakan mak tok. Tapi ni dia buat keputusan sendiri, nampak dia memang dah bertekad.” Zamri menekur kepala. Hati jadi takut kena tinggal. Melihat keadaan Zamri yang tiba-tiba nampak lemah tu, Baizura tak sampai hati nak terus marah lagi. Dia pantas mencari tiket flight untuk Zamri. Hari ini Zamri kena balik kampung juga. Dia pun akan balik sekali. “Tak payah buat muka seposen. Uya dah book tiket. Selepas berbuka puasa nanti kita balik kampung. Malam ni kita berbuka sama-sama kat airport . Aizat tunggu kat sana,” beritahu Baizura. Selepas dia booking tiket tadi,...