Abang Hensem, Jihan Part 13

Assalam.. Auto publish.
Memang betul syaitan dikurung di dalam neraka sepanjang bulan ramadhan ini. Tetapi syaitan manusia itu sendiri masih terlepas bebas. Jadi inilah medan ujian untuk melawan syaitan di dalam diri kita. Salam Ramadhan.




“Hi Darling.. You nak pergi mana ni?
Terasa tangan dipaut erat. Semerbak bau perfum Dior menusuk hidungnya. Nzakir menoleh ke sebelahnya.
Lana senyum menggoda. Kesempatan ini tidak akan dilepaskan. Dia mahu menghabiskan malamnya bersama dengan Nzakir. Rindunya tidak dapat dibendung lagi.
“Berbuka puasa di Masjid. Kemudian terus terawih. You nak ikut? Jomlah.”
Senyum yang mekar di bibir Lana terus layu.
“Tak ada standardlah you ni berbuka di masjid. Apa kata I belanja you berbuka di Granada hotel,” pancing Lana. Tangan yang merangkul lengan Nzakir dieratkan.
“I nak dapatkan standard tinggi dalam beribadat Lana. Lagipun lebih afdal berbuka puasa di masjid. Kemudian bersolat jemaah. I nak kejar standard tinggi di sisi Allah taala,” jawab Nzakir.
Serta merta pelukan di lengannya terlerai. Dikerling sekilas Lana di sebelah. Wajah masam tanpa senyum. Walaupun berbaju kurung moden, Lana tetap seksi. Tambah pula pakaian yang dipakainya ketat dan jarang. Boleh nampak setiap lekuk badannya. Boleh nampak warna warni di sebalik bajunya.
“You sindir I?”
“I cakap yang betul. Kalau you nak jugak kejar standard tinggi di sisi Allah Taala, jom ikut I pergi buka puasa di masjid.”
“Tak payah. I bukannya nak mati lagi,” dengus Lana. Sakit hatinya.
Nzakir geleng kepala.
“Hidup hanya sekali. Masa muda you pun hanya sekali. Rugi jika you terlepas peluang mengejar standard tinggi di sisi Allah Taala,” sambung Nzakir lagi.
“You kata hidup ni hanya sekali. Muda pun sekali tapi kenapa you berlagak macam orang tua yang nak mati esok lusa. Come onlah darling, we must enjoy this life once.”
“Suit yourself. I already satified with my life.”
Lana mendengus. Payahnya nak cairkan hati beku Nzakir ini. Nzakir tidak pernah melirik tubuhnya dengan penuh nafsu. Dia juga tidak pernah mahu mengambil kesempatan di atas setiap godaannya. Sebab itulah Lana susah hendak melepaskan Nzakir. Lagipun jika Nzakir menjadi miliknya, dialah wanita yang paling bertuah.
“Tak boleh ke you korbankan standard you tu untuk I, malam ni je?” rayu Lana.
“Tak boleh ke you korbankan standard you tu untuk I, malam ni je?” Nzakir ulang balik ayat Lana.
Lana geleng kepala. Never!
“So, we’re same. Tidak akan korbankan standard kita.”
Lana membentak sebelum melangkah meninggalkan Nzakir.
Nzakir senyum sinis sambil geleng kepala. Dia menarik nafas lega. Kalau tak rosak rancangannya malam ini.





 Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. 
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik. Islam itu Indah.
 Membaca jambatan Ilmu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6