Catatan

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Imej
“Kau tolong check dia, mengandung ke tak?” Teringat reaksi Nailah tadi, dia inginkan kepastian, mungkin penilaiannya salah tadi. Tapi bila dirasa nadinya, tidak ada pula tanda-tanda tersebut. Doktor Syed Izar mendekati gadis itu. Nadi pergelangan tangan diperiksa dan bacaannya normal. “Dia okey. Mungkin kepenatan dan dehidrasi. Tekanan darah, jantung semua okey. Dia juga tak mengandung. Atau mungkin masih awal lagi, kena check darah atau air kencing. Tapi something wrong, emosinya tak stabil. Aku masukkan air dulu.” Beritahu Doktor Syed Izar. Perasaan ingin tahu semakin menebal di hati tapi dia perlu jalankan tanggungjawabnya dulu. “Siapa dia tu?” “Staff aku. Tengah hari tadi dia balik awal, katanya tak sihat. Tapi tiba-tiba tadi dia muncul kembali di pejabat. Duduk dalam gelap. Kalau bukan guard inform, aku tak perasan pun dia ada.” “Dia ada problem dengan suami dia ke?” teka Doktor Syed Izar. Dia tahu wanita itu telah berkahwin apabila Nik Zayan menyuruhnya memastikan sama ada wanita

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6

Imej
“Sampai bila kita hendak hidup begini?” tanpa sedar Nailah bertanya. Soalan yang setiap hari dia tanyakan dalam hati. “Apa maksud Ilah?” kening Anuar bertaut. Tangan Nailah dicapai dan disulam. Anuar melihat tangan mereka bertaut, senyum puas. Tangan isterinya tetap lembut bila dipegang. Rasa itu tidak pernah berubah. Nailah yang pendiam dan taat. Nailah yang sentiasa cuba memenangi hatinya. Nailah yang lurus dan naif. Hati terasa bersalah. Bukan tidak sayang atau cinta. Namun tentang naluri dan perasaan ni sukar untuk dia ubah. Imamnya rapuh. Dia tidak mampu menahan godaan. Mungkin sudah sampai masanya dia melepaskan Nailah dari sangkar ini. Tapi hati tidak sanggup kehilangan Nailah. “Saya nak anak. Boleh tak awak berikan anak sebagai teman bila awak outstation bulan-bulan.” Minta Nailah tiba-tiba. Dia mahukan zuriat sendiri. Buat teman bila Anuar tiada di sisi. Anuar diam. Hatinya tersentap. Ini kali pertama Nailah timbulkan soal anak. “Saya tak sampai hati tengok awak sakit nanti,”

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 5

Imej
Hati berdebar-debar. Keluar dari lif semakin kuat debarannya. Adakah Anuar telah sampai ke rumah? Dalam hati tak berapa suka, dia ambil juga cuti seminggu. Sekejap sahaja diluluskan. Esok mula cuti. Langkah semakin perlahan. Sampai di depan pintu, dia tarik nafas panjang dan membaca al fatihah sebelum memasukkan password pintu. Ruang tamu cerah. Penghawa dingin terpasang. Sejuk saat kaki Nailah memijak lantai. Anuar telah pulang. Anuar senyum lebar apabila melihat Nailah muncul di depan pintu. “Sayang, I’m back.” Mata Nailah berkaca. Rindunya luruh. Sakit hatinya hilang. “Awak...” Pantas didekati lelaki itu. Dipeluk erat. Nailah menangis melepaskan perasaan rindunya. Anuar membalas pelukan Nailah. Dia ketawa kecil. “Rindu sangat ke ni?” Nailah angguk. Wajah masih lagi disembunyikan di dada Anuar. “Opps... Sorry.” Serta merta Nailah melepaskan pelukan itu. Bahagia yang dirasakan sebentar tadi berderai seperti gelas kaca yang terjatuh ke lantai. Dia melihat Firdaus senyum mengusik memand

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 4

Imej
“Awal balik hari ni Nailah,” Tegur Encik Nik Zayan. Ketika itu Nailah sedang tunggu lif untuk turun. Nailah melihat ke sebelah. Dia senyum hormat kepada orang yang menegurnya. “Encik Nik pun awal jugak balik,” balas Nailah. “Terpaksa. Petang ni saya kena pergi blind date. Kalau tak pergi, nanti umi saya berkampung dekat office ni pula.” Adu Nik Zayan secara berseloroh. Hahaha... Nailah ketawa dengan penjelasan ikhlas Nik Zayan. Nik Zayan terpesona mendengar tawa itu. Ditarik nafas, tapi dia sedar Nailah ini isteri orang. “Dia tak sabar nak bermenantu dan bercucu tu Encik Nik. Tak patut hampakan hasrat orang tua ni.” Nik Zayan mengeluh. Tangan memicit dahi menunjukkan dia pening kepala dengan permintaan uminya yang satu ini. Dia langsung tidak ada keinginan berkeluarga, melainkan.... mata melirik kepada Nailah sebelum berkata; “Bukan sengaja tapi nak buat macam mana, saya tak jumpa lagi gadis yang mampu buat saya terbuka hati berkahwin.” Dia yang terlewat kenal Nailah. “Mungkin sebab En

Bila Aku Bukan Dia - Teaser 3

Imej
“Ini bilik awak dan itu bilik saya.” Suara Anuar itu membuat Nailah berpaling. Dahinya berkerut. Kenapa perlu tinggal dalam dua bilik? Bukankah mereka suami isteri ke? Hati merusuh. “Ilah jangan salah sangka. Kita tetap tidur sebilik tapi saya ada kalanya perlukan ruang sendiri. Awak boleh fahamkan?” Anuar mendekati Nailah apabila tidak mendengar suaranya. Nailah terkebil-kebil memandang wajah tampan suaminya. Selangkah demi selangkah lelaki itu mendekatinya. “Kerja saya stress, jadi saya tak nak mood tak baik saya terkena tempiasnya kat awak. Jadi bila mood saya tak okey saya lebih suka sendirian. Tak suka orang lain ganggu.” “Tapi kitakan dah jadi suami isteri. Bukan ke tugas isteri menghiburkan hati suami. Meringankan beban yang suami tanggung. Saya tak kisah susah. Saya nak sama-sama berkongsi susah senang bersama awak,” balas Nailah. Dia tunduk. Hati memang terasa apabila suaminya cakap ini bilik dia dan itu biliknya. “Saya tahu tapi kita perlukan masa untuk membiasakan diri denga

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 2

Imej
“Awak ingat kawan saya tu perempuan ke?” kening Anuar terangkat menyoal Nailah. Sengaja menduga hati isterinya. “T-a-k, bukan...” tergagap-gagap Nailah membalasnya. Tekaan itu tepat dengan apa yang bermain di dalam fikirannya. Tapi takkanlah dia hendak mengaku. Baru malam pertama, dia dah tunjukkan perangai cemburunya. Mesti Anuar cakap dia ni jenis isteri suka cemburu dan kawal suami. Anuar ketawa kecil. Dia duduk di sebelah Nailah. Tangan Nailah diambil dan disulam. “Kawan saya tu bukan perempuan tapi lelaki. Pengapit saya tulah. Dia minta saya temankan dia pergi ke Wakaf Che Yeh, beli barang nak bawak balik esok pagi.” Ooo.. Nailah angguk faham. Lemah hatinya. Mahu juga dia ikut, tapi dia penat. “Tapi dia tak ada kawan lain ke nak ajak?” terkelip-kelip mata Nailah memandang Anuar. Berharap sangat Anuar membatalkan rancangannya. Rasanya ada juga kawan Anuar yang datang tadi. “Tak ada. Kawan saya yang dia kenal tak ada. Dia kenal saya je kat sini. Takkan saya nak tolak permintaan dia

Bila Aku Bukan Dia Teaser 1

Imej
“Relaks, Awak senyum je. Saya akan sentiasa berada di samping awak. Kita sama-sama meraikan hari bahagia kita.” Pujukan Anuar membuatkan hati Nailah tenang. “Cantik.” Klik. Klik. Gambar mereka terus diambil oleh jurukamera. Nailah semakin tenang. Dia sudah mampu mengambil perasaan panik dan tidak selesanya. Nailah senyum, mujur suaminya faham keadaannya. Tanpa sedar, dia telah jatuh hati dengan suaminya sendiri. Harapan yang tidak pernah muncul selama ini, mulai tumbuh dia hati. Dia mula mengharapkan hubungan mereka akan berkekalan. ‘Bismillahirrahmanirahim... Ya Allah kau satukanlah hati kami. Berkatilah rumahtanggaku ini. Semoga kami akan bersama-sama mencipta bahagia hingga ke syurga-Mu,’ bisik hati kecil Nailah. Senyumnya semakin ikhlas dan menawan. Huluran tangan Anuar disambut. Kerlipan lampu kamera terus menghujani mereka. Kali ini Nailah tidak lagi rasa tertekan memenuhi permintaan jurugambar dan saudara mara. Tangannya sentiasa di dalam genggaman Anuar. Layanan Anuar sangat ba