Kembalinya Cinta Ramadan Bab 9

Jangan marah tau... Ni last bab di blog.. Oleh sebab ramai permintaan, Saya akan bukan order ebook untuk cerita ini lepas raya nanti. Don't worry ready file. Jadinya korang akan dapat dalam masa 24 jam selepas pembelian.. Tunggu tau... “Kalau kamu belum jumpa lagi jodoh kamu, mak aji nak jodohkan kamu dengan Adah.” Hariz terkejut. Dari cerita pasal Adah kemalangan, pusing ke soal jodoh pula membuatkan Hariz terkedu. “Tapi..” Takkanlah sebab cakap-cakap masa kecil yang dia dah lupa tu, mak aji dan mak ngah nak paksa dia kahwin dengan Adah. Orangnya pun tidak kenal lagi. “Jumpa dia dulu sebelum kamu nak tolak tu. Kalau memang tak tercuit langsung perasaan kamu tu, mak aji takkan paksa,” sambung mak aji tidak memberi peluang Hariz terus menolaknya. Mak ngah angguk. “Mak ngah dan mak aji bagi cadangan je. Adah pun tak tahu lagi rancangan kami ni. Kami bagi tahu Ariz dulu. Jumpa dia dan kenal dulu. Kalau rasa boleh terima Adah tu, kamu usahalah pikat dia.” “Kalau rasa...