Raikan Cinta Kita - 1

Assalamualaikum semua.. Maaf saya tinggalkan blog ini agak lama, sibuk dengan promosi di Facebook dan Instagram novel Beautiful Jodoh.. Masih tidak terlewat untuk korang mendapatkan novel beautiful Jodoh dengan harga promosi. boleh Whatapps saya

Raikan cinta kita ini gabungan semua watak dalam novel-novel saya. Kisah mereka yang tiada di dalam novel.. Sebab rindukan mereka ni, saya jadikan kisah pendek. Sebenarnya telah lama tulis, tapi baru tergerak hati nak kongsikan di sini. Cerita ini akan bersiaran setiap jumaat 1.30 tengahari. 


(Novel Tunggu Awak Datang)


Open house?” Auni angkat tubuhnya. 

Dia betulkan postur tubuhnya mengadap encik suami. Kenapalah encik suami semakin kacak di matanya. Rasa macam tak mahu pandang tempat lain. Nak pandang muka dia je lepas tu gigit-gigit hidung mancung dia tu. Perubahan hormon ke apa ni? Pelik semacam. Masa mula-mula kahwin dulu tak adalah angau macam ni.

Open house plus warming house. Doa selamat sekali. Sempena Auni dapat tukar ke KL dan kita akhir tak perlu PJJ lagi,” Aazad ambil tangan Auni dan letakkan di atas pahanya. Ramadhan dan Syawal kali ini lebih bermakna buat apabila pertukaran Auni akhirnya diluluskan. Rumah yang mereka duduki di Pulau Perhentian akan menjadi rumah percutian mereka. Sesekali mereka akan pulang ke sana.

Auni angguk. Dia bawa tangan Aazad ke perutnya. “Sempena Aazad JR juga.”

Mulut Aazad terbuka dan tertutup semula. Matanya tunak memandang jauh ke dalam mata isterinya, tidak berkelip, inginkan kepastian. Wajah manis itu memerah. Gerakan kecil kepala si isteri menguatkan lagi kata-kata tadi. Mata Aazad berkaca. Begitu juga mata isterinya. Tangan bergerak ke belakang tubuh Auni. Dipaut tubuh kecil itu rapat ke dadanya. Bibirnya pula mengalunkan ucapan syukurnya kepada Allah s.w.t.

Auni membalas pelukan suaminya. Kaca air di matanya pecah. Dia paut erat tubuh suaminya. Esakannya terlepas. Dua tahun mereka berusaha dan berdoa tanpa jemu untuk memiliki zuriat sendiri. Di akhir ramadhan ini akhirnya menjadi kenyataan.  Kelulusan pertukaran tempat kerjanya dan adanya si kecil di dalam perutnya membuatkan ramadhan dan syawal kali ini penuh makna. Terasa gegaran tubuh si suaminya. Semakin erat dia memelukny
a. Tahu yang perasaan Aazad juga sama sepertinya. Tidak mampu menahan sebak di dada. Indahnya syawal kali ini.

“Terima kasih sayang... I love you soo much,” bisik Aazad berkali-kali.  Pautan dibadan isteri tidak dilepaskan. Kalau boleh selamanya dia mahu memeluk tubuh ini. tubuh kecil tapi berjiwa kental. Tak pernah jemu berusaha untuk membuatnya berasa bahagia dan dicintai. Tidak pernah jemu menyokong dan memberi dorongan kepadanya supaya menjadi insan yang lebih baik.

“Terima kasih untuk abang juga. Abang yang sentiasa berusaha keras merealisikan impian kita ini,” balas Auni.  Wajahnya masih lagi di bahu Aazad. Bau tubuh suaminya menyenangkannya. Mendamaikan rasa hatinya. Kalau boleh selamanya dia mahu letakkan wajahnya di situ. Di celah leher suaminya.

Aazad menjarakkan tubuh mereka. Mereka saling memandang.  Kedua tapak tangan Aazad mencekup wajah Auni. Ibu jarinya bergerak membersihkan sisa air mata di pipi isterinya.

“Kita sama-sama berusaha sayang. Anugerah ini adalah amanah dari-Nya. Kita perlu jaganya baik-baik,” bisiknya.

Auni angguk. Dia paut tangan suaminya. Bibirnya bergetar. 

Satu, dua.. tiga ciuman hinggap di mata dan bibirnya. 




Boleh follow pages penulis di facebook  

Instagram; shima.rostambs 

Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. 

Terima kasih di atas sokongan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6