Beautiful Jodoh ; Bab Tujuh

Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasiceritakudotcom

 Instagram; shima.rostambs 

 Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing..

 Terima kasih di atas sokongan.

Pra Tempahan akan di buka Pertengahan Ogos ini, nantikan...

“Pergi solat dulu, lepas tu baru makan,” arah Ferran Atiq seolah-olah mereka telah lama berkawan baik.

Haura Nur terkebil-kebil memandangnya. Macam orang dungu memandang Ferran Atiq dengan riak blur. Sudahlah tadi dia telah memalukan diri sendiri, jadi bila bertentang dengan Ferran Atiq ketika ini dia jadi lost. Macam tak tahu nak cakap apa lagi.

“Pergilah. Buku ni saya pegang,” arah Ferran Atiq lagi.

Seolah-olah baru tersedar, Haura Nur jeling tajam. Bukunya dikelek oleh Ferran Atiq. Kalau minta pun mesti mamat ni tak kasi. Dengan penuh keterpaksaan Haura Nur terpaksa ikut juga cakap Ferran Atiq. Dia sengaja hentak kaki kuat ketika berjalan dengan muka tak puashati. Tapi tanpa dia sedar sikap itu adalah sikap manjanya sebelum dia ditinggalkan.

Ferran Atiq geleng kepala. Dia nak ketawa tapi ditahan dengan bibir dikemam. Cute dan comel melihat Haura Nur marah dan merajuk. Hati Ferran Atiq senang dan terhibur dengan telatah Haura Nur. Selepas memastikan Haura Nur masuk surau muslimah, dia juga melangkah ke surau muslim yang terletak bersebelahan.

Setengah jam kemudian, Haura Nur keluar dari surau. Sengaja dilambat-lambatkan, biar Ferran Atiq tak sabar menunggu dan tahu dia bukan perempuan fake macam Anis Syatilla tu. Jadi dia sanggup menyiksa perut sendiri demi memuaskan sakit hati dengan sikap Ferran Atiq.

“Dah siap?” Soal Ferran Atiq apabila Haura Nur mendekatinya. Wajahnya tenang seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Haura Nur tak menjawab sebaliknya melintasi Ferran Atiq menuju ke kafe. Wajah tenang dan sabar Ferran Atiq mengundang rasa bersalah dalam hati Haura Nur. Sebab itu dia terus berjalan tanpa menghiraukan Ferran Atiq.

Ferran Atiq geleng kepala. Rupanya bukan senang nak melayan dan memahami hati perempuan ni. Rasanya tak mudah dia hendak memenangi hati Haura Nur. Tapi tak apa dia suka. Perasaan yang terpupuk beberapa tahun inilah yang akan digunakan untuk mengikat hati Haura Nur nanti. Jadi dia mengikut dari belakang.

Ketika mereka sampai, dah tidak banyak pilihan, banyak lauk telah habis. Jadinya Haura Nur memilih nasi ayam sahaja. Ferran Atiq ikut sama. Gelagat mereka menjadi perhatian mata-mata yang ada di dalam kafe itu. Saling berbisik dan bergosip. Haura Nur perasaan, hati mula mencemuh Ferran Atiq. Sebab dialah, Haura Nur menjadi tumpuan hari ini.

‘Kenapalah dia boleh tiba-tiba terlibat dengan mamat ni,’ keluh Haura Nur, tak suka.

“Ara sini,” terdengar suara perempuan memanggil. Haura Nur mencari dan melihat Zakiah melambai-lambainya. Kaki terus melangkah menuju ke arahnya. Sampai di meja, Zakiah bukan keseorangan tetapi ditemani oleh kekasihnya, Zarif.

“Lambat kau makan tengah hari ni. tak sakit perut ke? Kau kan ada gastrik,” tegur Zakiah prihatin. Mata melihat ke belakang Haura Nur, Ferran Atiq. Confirm! Haura Nur bersama dengan Ferran Atiq.

Haura Nur tak menjawab, sebaliknya duduk di sebelah Zakiah dan terus makan nasi ayamnya. Ferran Atiq pula duduk di sebelah Zarif dan bertentang dengan Haura Nur. Zakiah dan Zarif dalam diam memerhati gelagat mereka berdua dan saling mengangkat kening.

“Makan tomato tu,” tegur Ferran Atiq.

Haura Nur buat tak dengar, terus makan nasinya tanpa mengusik hirisan tomato itu. Dan.. tiba-tiba hirisan tomatonya hilang dari pinggannya. Haura Nur angkat muka melihat Ferran Atiq selamba memakannya.

Warna wajah Haura Nur berubah. Dia segan dengan sikap intim Ferran Atiq seolah-olah mereka berpasangan. Tapi bila masa pulak mereka rapat, hanya sekali makan bersama dengan Imran Iman, terus sikap Ferran Atiq berubah. Sejak pagi tadi, Ferran Atiq berada di sisinya. Kali ini Haura Nur terasa sangat terganggu!

“Kau..” Zarif terkejut. Ini kali pertama dia melihat bersikap selamba tapi mesra Ferran Atiq dengan orang lain. Dengan dia pun tak pernah Ferran Atiq berkongsi makanan, apatah lagi makan yang orang tak nak.  

“Aku pergi ke kuliah dulu,” beritahu Haura Nur apabila dia habis makan. Sikit pun tidak memandang Ferran Atiq di depannya. Buku di atas meja di ambil.

“Jangan ikut saya lagi!” sempat Haura Nur memberi amaran kepada Ferran Atiq dengan muka garang.

Tapi reaksi Ferran Atiq ketika itu sangat selamba malah dia tersenyum sambil matanya mengekori Haura Nur sehingga gadis itu hilang dari pandangan.  

Zakiah dan Zarif saling berpandangan kemudian melihat Ferran Atiq. Kemudian mereka geleng kepala. Ini pertama kali mereka melihat Ferran Atiq cuba mengurat.

“Kau ikut dia?” Zakiah tunjuk Haura Nur kemudian memandang Ferran Atiq.

Ferran Atiq angguk, mengaku. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi. Dia akan memikat Haura Nur secara terbuka.

“Kau suka dia?” Zakiah inginkan kepastian. Satu persatu pesanan dan sikap prihatin Ferran Atiq selama ini bercantum seperti puzzle.

“Ya. Aku nak Ara jadi kekasih aku. Dia tak ada boyfriend lagi kan??” Ferran Atiq pula menyoal. Inginkan kepastian. Mana tahu dia terlepas informasi sebelum ini.

“Tak. Kawan lelaki pun tak ada. Jadi selama ini kau...” Zakiah tak sambung ayat sebaliknya melihat wajah Ferran Atiq bagaikan mahu membaca apa yang tersembunyi di dalam hatinya.  

Ferran Atiq angguk. Bibir ditarik naik atas sebelah menjadikan riaknya ketika ini seorang yang penuh muslihat.  

“Bila pernah aku bergurau tentang hati? Betul aku suka dia, dah lama,” balas Ferran Atiq tanpa berselindung.

“Sejak bila?” Zakiah tanya lagi.

“Sejak dia terkena bola yang kau sepak tu?” Zarif meneka. Teringat dulu pernah sekali ketika sekolah, Haura Nur berjalan di tepi padang, ketika itu mereka sedang berlatih bola sepak, bila bola yang Ferran Atiq sepak melantun terkena Haura Nur.

Ferran Atiq angguk mengaku dan menyambung dalam hatinya. Lebih lama dari itu.

Zarif ketawa, tak percaya. Tapi itulah kenyataan. Selama ini dia pernah perasan Ferran Atiq selalu membuat rondaan di blok bangunan tingkatan 1, berhenti lama di kelas tingkatan 1B dan dia selalu curi pandang ke tepi tingkat, tempat duduk tengah. Rupanya  Ferran mengintai Haura Nur bukan yang duduk di sebelahnya.

Zakiah pula diam. Banyak kali sebelum ini Ferran Atiq bertanyakan pasal rakan sekelasnya tapi Ferran Atiq tak sebut nama, tanya secara umum. Jadi dia yang sedia mulut murai ni becok bercerita.

“Bila tu?” Zakiah tarik tangan Zarif,  ingin tahu. Mendengar ketawa dan reaksi kekasihnya, Zakiah tahu Zarif pun seolah-olah tak percaya tapi dia dapat agak sebenarnya dah lama Ferran Atiq sukakan Haura Nur.

“Awak ingat tak dulu, saya dan Ferran selalu ronda kawasan blok kelas tingkatan 1. Dalam sehari tu paling kurang dua kali.”

Zakiah angguk. Sebab dari situ permulaan kisah abang angkat, adik angkat dia dan Zarif. Status mereka bertukar selepas dia masuk universiti.

“Jadinya?”

“Bukan saya sorang tengah usha awak, Ferran juga tengah usha Ara ketika itu tapi lain yang dicari lain pula yang dapat,” cerita Zarif.

Haura Nur pendiam jadi mana dia perasan usaha Ferran Atiq itu.

“Jadinya dulu Ferran bukannya cari Shidah tapi Ara?” teka Zakiah. Dia masih ingat dulu, Ferran Atiq memang selalu menjadi perhatian di sekolah mereka dulu. Ke mana saja dia pergi, akan ada mata melihat dan bermulalah gosip-gosip timbul. Sama seperti di universiti ini, tapi di sekolah tidak adalah nampak sangat. Hanya Shidah yang dilayan, sebab itulah timbul gosip Ferran Atiq bercinta dengan Shidah. Dan gosip itu hilang selepas Ferran Atiq tamat tingkatan 5. Shidah pula bercinta dengan orang lain. Shidah sekelas dan duduk sebelah dengan Haura Nur. Dia pula duduk depan barisan tengah.

“Jadi selama ini Shidah tu yang syok sendiri Ferran suka kat dia?” cerita tak disangka, menggeletek hatinya. Seperti Anis Syatilla juga.

“Patutlah.. Ara kan tak bergaul dengan orang dulu.”

Dulu Haura Nur sangat pendiam. Dia sentiasa membawa bekal ke sekolah, jadi jarang sangat makan di kantin. Di dalam kelas pun dia tak bercakap. Tapi dia masih berada di antara 3 pelajar terbaik di dalam kelasnya. Pernah cikgu nak memindahkannya ke kelas nombor 1 tapi dia tak nak. Alasannya subjek agama dia tak berapa pandai. Sebab itu apabila dia sering tidur dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas cikgu tak marah. Sebab Haura Nur pelajar pintar.

“Kau serius?” Zarif bertanya untuk kepastian.

“Perasaan itu tak pernah berubah.”

“Tapi kau.. selama ini tak ambil kisah pun.” Zarif tak puas hati. Jika betul perasaan itu tak pernah berubah tapi kenapa Ferran Atiq sengaja membiarkan Anis mengambil kesempatan?

Siapa kata?



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 7

Bila Aku Bukan Dia (Novel terbaru Shima Awang)

Bila Aku Bukan Dia -Teaser 6