Bab 10 Cinta Si Adik Manja

Yuhuuuuu... bab 10 pulak... Selamat membaca “Kenapa Hisyam berjanji dengan abah tidak berhubung dengan adik?” angah tidak lepaskan peluang bertanya ketika dia sedang duduk bersantai dengan abah dan umi di ruang tamu. Hatinya dah puas berteka teki. Hisyam pula suruh tanya kepada abahnya sendiri. Adik masih lagi terperap di dalam bilik. Mogok. Marahkan dia. Ada dia kesah? Kak long pula tengah berkemas hendak pulang selepas asar nanti. Esok dia telah mula kerja. Kak chik pula pulang ke rumah mertuanya sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Jadi tinggal dia dan adik sahaja menemani abah dan umi di rumah ini. “Abah tak suka Syam rapat dengan adik ke?” mulutnya terus ringan bertanya. “Tak suka apanya. Hisyam tu menantu idaman abah kamu.” Zulaikha tolong jawabkan. Terlopong angah mendengar jawapan uminya. Makin pelik. “Kalau menantu idaman, kenapa abah larang pulak. Tak kasihankan adik ke menderita rindukan Hisyam. Sampaikan angah terkena tempiasnya. Hilang kawan baik,” luah angah tidak puash...