Tips Menulis bahagian 1
Hi semua Assalamualaikum dan selamat tengahari. Tips menulis. Bagaimana hendak mula menulis sebuah cerita. Saya ni sebenarnya tidak berapa pandai juga hendak berkongsi ilmu penulisan ini. Tapi saya cuba ya. Yang penting, ada idea. Bila ada idea cuba kembangkan idea itu. Sebelum itu tetapkan dulu tema dan genrenya. Dah tetap genrenya, draft dulu plot kasar. Setengah penulis contoh sayalah, saya tulis dulu bab-bab awal kemudian baru buat plot kasar. Sebab baru nampak ke mana arah ceritanya. Tak pun saya jump tu ending dulu kemudian barulah merangka bab-bab sebelumnya. Yang penting tulis dulu. Ada orang buat plot dulu supaya nampak susunan ceritanya dari awal hingga ke akhir. Jenis saya pulak, plot kasar memang buat. Ada tu dah susun cantik-cantik tapi bila time menulis plotnya bertukar. Ikut idea baru datang. Jadi jangan hadkan imaginasi kita kepada plot yang kita tulis itu sahaja. Mungkin idea yang muncul selepas itu lagi menarik dan hebat . Semasa menulis saya akan menggunakan minda se...