'Sahabat' pena bab 8

Assalam... update bab terkini 'Sahabat' pena.. Lepas ni lambat sikit saya update ya. Saya sedang tumpukan pada pengeditan Manuskrip Si Adik Manja dan Menantu Pilihan Abah. Jadi kisah ni saya hold seketika... Cerita ni In Shaa Allah akan menemui penamat dalam blog... Ada juga kemungkinan selepas itu saya panjangkan versi cetak juga.. Apapun doakan saya agar diberikan ilham untuk terus menulis... Dia tahu sepanjang berada di rumah Nina, dirinya tidak pernah terlepas dari pandangan Zakwan. Kawan baik Badrul, suami Nina. Kata Nina, itulah BFF suaminya sejak zaman belajar di London dulu. Dia cuma menganggukkan kepala tika mereka diperkenalkan. Takkanlah hendak berjabat tangan pula sedangkan selama ini apabila berurusan dengan lelaki, dia menundukkan kepala dengan tangan kanan di dada, sebagai menghormati mereka dan tidak pula mahu membuatkan mereka terasa hati dengan sikapnya. Sekilas rasa, wajah tampan Zakwan terbayang di matanya. Orangnya tertib ketika makan dan seo...