Cinta bas Express Bab 3

“Sarrah dah fikir masak-masak ke?” Mak Eton memandangnya, belas. Sarrah senyum dan angguk. “ Ya Mak Eton. Sarrah nak bawa adik tinggal sekali. Lagipun dialah satu-satunya keluarga yang Sarrah ada.” Mak Eton diam. Nyilu hatinya mendengar kata-kata itu. Sarrah dan Anah adalah anak saudara suaminya. Dia sayangkan kedua anak yatim piatu itu. Dia sanggup menjaga mereka tapi suaminya tak suka. Tidak anggap mereka anak saudaranya kerana bencikan ibu bapa mereka. “Macam mana nak jaga Anah. Sarrah kerja.” “Anah boleh jaga diri sendiri bila Kak Sarrah pergi kerja, Mak Eton. Anah bukannya budak kecil lagi. Anah dah umur 12 tahun dah. Tengok ni dah sama besar dengan kakak dah,” Saffanah peluk Kak Sarrahnya. Sarrah senyum dan ketawa. Dia balas pelukan satu-satunya adik yang dia ada. “Kami akan saling jaga menjagai satu sama lain Mak Eton. Jangan risau,” pujuk Sarrah. Saffanah angguk. Dia juga tidak mahu berpisah lagi dengan Kak Sarrah. Lagipun di kampung ini, dia rasa tidak selamat....