Bukan Sekadar Mimpi Bab 3

Bab 3 “ Take 5 .” Jinyung memberi isyarat kepada ahli kumpulan Hot-5 untuk berehat. Nafasnya termengah-mengah kerana berlatih menari tanpa henti selama dua jam. Langkah tarian mereka masih lagi pincang dan tidak seiring. Banyak masa diperlukan, sebelum semua ahli grup mahir dengan tarian baru mereka. Telefon pintar Samsung diambil bersama botol mineral. Diteguk rakus sambil tangan membuka aplikasi TikTok. “Jinyung, tengok ni ... budak ni buat duet challenge dengan kau. Tariannya lebih bagus daripada kau,” kata Beak Yun, dalam bahasa Korea, sambil mengunjukkan telefon pintarnya. “Dia hebat. Rentak tarinya tak canggung dan temponya sama,” komen Jinyung. Beak Yun dan Dan Kim mengangguk setuju. “Umurnya baru 10 tahun dan dia sudah mahir menari tarian kita yang sukar tu. Dia sangat berbakat.” Jinyung senyum, tanpa ragu dia menjadi follower AzimXY yang mendapat perhatian ahli grupnya. Dilihatnya satu per satu video yang telah dimuat naik oleh budak lelaki itu. Semakin ...